Duit merupakan suatu keperluan asan dan sentiasa diperlukan dalam pembelian atas tangan atau pun pembelian secara atas talian.
Ramai yang enggan menyimpan duit atas alasan susah nak simpan ataupun tiada masa nak menyimpan. Alasan seperti itu sememangnya tidak boleh di guna pakai sama sekali, ini kerana setiap simpanan duit bagi kita adalah aset berguna untuk kita pada menggunakannya pada masa kecemasan ataupun dalam jangka masa panjang kelak.

Antara faktor penyebab yang membuatkan seseorang itu sukar nak menyimpan adalah :-
i- Memerlukan Duit Yang Hanya Mencukupi Untuk Belanja Harian
– Penyebab terbesar seseorang itu sukar untuk menyimpan duit adalah tiada baki dalam perbelanjaan harian. Memang sebenarnya sukar untuk menyimpan walaupun duit hanya cukup-cukup. Tapi, kita harus berfikir sejenak, duit yang mencukupi itu nak digunakan untuk apa. Dalam tempoh sama kita haruslah menjimatkan sedikit perbelanjaan pada benda yang tak diperlukan sangat. Dari situ kita akan dapat baki dari perbelanjaan harian walaupun tidak seberapa.
ii- Tidak Terasa Nak Menyimpan
– Perkara seperti diatas ini selalunya di sifatkan sebagai malas. Sekiranya seseorang itu malas untuk menyimpan, maka dia tidak akan sesekali buat kerana belum merasai sepenuhnya risiko dan mengabaikan inflasi kewangan yang naik dan turun.
iii- Tiada Hala Tuju Yang Jelas Kenapa Perlu Menyimpan
– Kita harus tahu bahawa menyimpan duit ini bukan hanya untuk suka-suka sebenarnya. Tujuan menyimpan duit boleh digunakan pada masa akan datang seperti kecemasan, guna untuk utiliti, membayar apa yang patut, membeli barang yang kita mahukan dan pelbagai lagi tanpa mengganggu pendapatan semasa kita.
iv- Kerana Ianya Bukan Keutamaan Diri
– Bagi mereka yang sependapat seperti ini, mereka beranggapan menyimpan duit itu bukan tanggungjawab yang wajib bagi kewangan diri masing-masing. Mereka harus sedar bahawa akan ada krisis kewangan akan melanda mereka apabila mereka alpa tentang pengurusan menyimpan duit.
v- Tidak Mencari Ilmu
– Ilmu adalah satu sumber pelajaran yang diterima apabila kita belajar sesuatu perkara. Tanpa ilmu yang mencukupi, kita tidak akan faham untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar pemahaman kita. Sekiranya seseorang itu tidak menerapkan ilmu tentang kebaikan menyimpan duit, dan tidak jelas mengetahui kebaikkannya. Seseorang itu akan gagal dan tidak akan berasa perlu untuk menyimpan pada masa akan datang.
Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab yang melibatkan peribadi. Namun sebagai seseorang yang inginkan kestabilan masa depan, mereka akan tahu betapa pentingnya menyimpan duit ini. Tapi yang sebaliknya pula mungkin tidak mahu memikirkan tentang perkara sebegini kerana adanya tujuan dan asbab yang mereka lebihkan dari penyimpanan.
