Pentingkah “TABUNG AYAM” Dalam Hidup Kita?

Contoh tabung yang sering digunakan oleh ramai penyimpan

Penting ke “Tabung Ayam” dalam kehidupan kita sebenarnya ?

Jawapannya adalah “YA

Kerana “Tabung Ayam” ini bertujuan untuk menggalakkan seseorang individu itu mengumpul sedikit pendapatan mereka melalui pengumpulan syiling daripada baki membeli apa jua barangan. “Tabung Ayam” ini merujuk kepada pelbagai jenis tabung digunakan seperti contoh tabung gas, tabung plastik mineral, tabung buluh dan pelbagai lagi.

Tahukah anda, betapa pentingnya kita harus mempunyai simpanan tambahan seperti ini.  Kerana cara seperti ini dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan dana kewangan secara on the spot.

Ciri-ciri individu yang harus ada dalam penyimpanan seperti ini adalah –

Wajib Mempunyai Duit Tambahan

– Ini adalah perkara yang amat penting bagi memulakan penyimpanan “tabung ayam” ini kerana tanpa duit tambahan, seseorang itu pasti sukar untuk menyimpan atas alasan setiap duit yang digunakan adalah cukup-cukup untuk keperluan hariannya. Sebab itulah perlu adanya pengurusan kewangan diri yang baik agar duit dapat di uruskan dengan sebaiknya walaupun sedikit mempunyai amaun yang sedikit.

Mesti Berdisiplin

– Tanpa adanya disiplin yang kuat dalam diri seseorang itu. Duit akhirnya dikeluarkan mengikut nafsu sesuka hati, dan penyesalannya terjerumuslah seseorang itu ke dalam kancah dilema permasalahan kewangan yang teruk. Maka, berdisiplinkan diri adalah cara yang terbaik bagi kita untuk menahan segala nafsu pembaziran.

Pepatah ada menyebut,

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…..”

Abaikan” Duit Yang Telah Di Tabung

– Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan untuk menyimpan, seseorang itu wajiblah melupakan sejenak duit yang telah ditabungnya. Ini kerana kita mempunyai satu sifat negatif semulajadi di mana apabila  duit yang kita kerap gunakan setiap hari, terpaksa di asingkan ke dalam tabung dan itu kadang-kadang mengganggu sedikit “keinginan” yang kita perlukan tidak dapat dilaksanakan. Itu pentingnya disiplin dalam penyimpanan seperti ini.

Sekiranya kita dapat berjaya menabung walaupun syiling sahaja pun sudah memadai, ini kerana apa yang kita mahukan adalah kepuasan kita dalam menabung. Selain ianya digunakan untuk kecemasan ataupun keinginan yang kita perlukan, menabung secara tradisional seperti ini mengajar kita agar menjadi seorang yang amanah dan berdisiplin. Andai matlamat telah tercapai dalam penabungan seperti ini, kita akan berasa berjaya walaupun tak kisah seberapa banyak yang kita mampu kumpul bergantung kemampuan diri masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.