
Zakat pada bahasa bermaksud bersih, subur, berkembang. Maksud lain zakat ialah pengeluaran harta berdasarkan jumlah tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya selari dengan hukum Allah.
Mengeluarkan zakat adalah wajib bagi setiap muslim kerana telah tertulis di dalam Rukun Islam.
5 Rukun Islam ialah:
-Mengucap dua kalimah syahadah
-Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
-Berpuasa di bulan Ramadhan
-Mengeluarkan zakat
-Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
Antara syarat sah wajib zakat ialah :
Syarat 1 – Islam
Zakat diwajibkan ke atas setiap umat Islam kerana perintah dari Allah swt.
Syarat 2 – Merdeka
Tidak wajib bagi seorang hamba kerana terikat dengan atasannya. Tetapi ia lebih kepada zaman dahulu kerana kehidupan sekarang tiada lagi perhambaan. Semua masyarakat bebas bergerak dan melakukan apa sahaja tanpa pengawasan majikan yang memilikinya. Hanya sekadar majikan dan pekerja sahaja dan tidak lebih dari itu.
Syarat 3 – Sempurna Milik
Harta yang dikelarkan dengan tujuan zakat mestilah hak milik individu tersebut sepenuhnya. Tidak dari harta pinjaman atau hak milik individu lain.
Syarat 4 – Cukup Nisab
Cukup nisab maksudnya menepati jumlah kelayakan menunaikan bagi satu-satu kawasan. Contohnya di Selangor, nisabnya adalah RM15,000. Individu yang mempunyai harta bersih RM15,000 ke atas diwajibkan untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% dari jumlah hartanya.
Syarat 5 – Cukup Haul
Haul ertinya tempoh masa. Zakat mestilah dibayar apabila genap setahun.
Syarat 6 – Niat Berniaga
Syarat terakhir ini bagi zakat perniagaan sahaja. Setiap individu mestilah berniat terhadap harta tersebut bahawa ianya bertujuan untuk perniagaan sahaja dan bukan untuk hal-hal sampingan lain.
Zakat banyak disebut di dalam Al-Quran.
Antaranya surah Al-Baqarah ayat 43,
“Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan rukuklah iaitu berjemaahlah bersama orang-orang yang ruku’.
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah iaitu zakat supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk). – Surah Al-Taubah ayat 103.