Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima

Dalam kita merancang kewangan, ada individu yang mungkin serba kekurangan. Jangan kata merancang, untuk memenuhi keperluan harian bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kita sesama masyarakat yang hidup dalam keamanan dan harmoni jangan lupa pada golongan seperti ini.

Ringankan tangan dengan selalu memberi.

Berikut adalah beberapa langkah persediaan yang harus dibuat sebelum membantu mereka yang memerlukan.

Langkah 1 # Tentukan bila ingin diberi

Waktu dan masa memainkan peranan. Seperti situasi sekarang wabak covid-19, sangat sesuai untuk membantu mereka yang kekurangan untuk membeli keperluan harian seperti beras, gandum, telur dan sebagainya. Oleh kerana rakyat melalui fasa perintah kawalan pergerakan, ramai yang mungkin terkesan kerana tidak mampu bekerja disebabkan harus berada di rumah. Contohnya pembantu warung. Jika sebelum ini mereka membantu menyediakan makanan di warung, sekarang tidak lagi berpeluang kerana kebanyakan kedai makan telah ditutup dan itu merupakan pendapatan mereka sekeluarga.

Langkah 2 # Pilih apa untuk diberi

Pemilihan harta penting sebelum anda melakukan pemberian atau pengagihan. Tidak semua harta boleh dilakukan untuk tujuan membantu kerana boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kewangan. Penelitian harus dibuat ke atas aset yang ingin diagihkan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan terkawal.

Seeloknya bantuan wang ringgit dan barangan keperluan harian sangat digalakkan dalam urusan bantuan seperti ini bagi memudahkan urusan seharian mereka kerana mungkin sesetengah individu hanya makan berlaukkan telur atau ikan kering sahaja. Setidaknya bantuan yang dihulurkan membantu memenuhi keperluan bagi tempoh yang lama.

Langkah 3 # Bagaimana sumbangan ingin diberikan

Sumbangan boleh disalurkan melalui berbagai platform kerana di negara ini memang kaya dengan industri atau badan-badan penghubung seperti pusat pengagihan di masjid-masjid, syarikat-syarikat atau individu yang ingin bekerjasama untuk menyumbang. Anda juga boleh bergerak sendiri ke kawasan-kawasan atau berjumpa terus individu-individu yang ingin dibantu.

Ringankan tangan, hulurkan sumbangan. Kita diberi kelebihan wang ringgit sememangnya diamanahkan untuk membantu yang lain. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.