Resipi Kejayaan

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

Tipu kalau ada yang mengatakan taknak berjaya atau tidak mengimpikan kejayaan. Setiap individu inginkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Kejayaan itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau berjaya menjadi jutawan.

Kejayaan sebenar adalah apabila anda berjaya melepasi satu tahap dalam kehidupan yang berbeza dari sebelumnya. Jika sebelum ini anda gagal untuk berdiri dan bercakap di atas pentas di dalam majlis, tetapi pada suatu hari anda dengan berani memberikan ucapan yang penuh semangat di atas pentas yang sama dengan bersaksikan ratusan penonton di hadapan. Itulah kejayaan.

Lain orang, lain caranya. Setiap individu itu kejadiannya tidak sama kerana setiap insan berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Untuk menjadikan kejayaan bukan lagi angan-angan, ikuti beberapa langkah mudah ini.

1# Berani ambil risiko

Jadikan risiko sebagai medium pembelajaran. Tanpa risiko, anda tidak akan tahu laluan menuju kejayaan. Tempuh risiko dengan yakin dan berani bahawa ia merupakan permulaan untuk berjaya.

2# Percaya kepada diri sendiri

Sentiasa positifkan diri mampu bergerak dari tangkuk selesa. Percaya yang diri anda boleh ubah semua untuk jadi lebih baik.

3# Melakukan sesuatu dengan hati yang tenang

Emosi sangat membantu. Untuk melakukan apa sahaja anda memerlukan minda dan juga fizikal yang kuat. Sentiasa berbuat perkara yang dapat membantu perasaan anda supaya lebih tenang dan mudah menerima pandangan dari pihak yang lain.

4# Belajar benda baru tanpa jemu

Kejarlah ilmu walau di mana anda berada. Jangan pernah jemu menuntut ilmu kerana ilmu tidak akan pernah habis. Tetapi jangan pula sudah digendong, berciciran. Amalkan dan berbakti kepada yang sepatutnya.

5# Ubah sikap suka pentingkan diri

Ego adalah pemusnah diri sendiri. Jangan sesekali tersemat sikap mementingkan diri sendiri kerana tanpa bantuan orang sekeliling, kita bukan siapa-siapa.

6# Anggap kegagalan sebagai motivasi

Kegagalan adalah makanan kejayaan. Jadikan ia satu inspirasi dan motivasi untuk anda terus bangkit menuju kejayaan yang menjadi idaman.

7# Teruskan berusaha tanpa mengalah

Orang yang berjaya adalah orang yang tidak mengenal erti penat.

8# Sentiasa berdoa dan jaga solat

Berserah pada yang Maha Esa kerana itulah kunci kejayaan hakiki. DIA yang mengurniakan segala rezeki. Kita hanya mampu merancang dan DIA adalah sebaik-baik perancang.

Tidak mudah untuk berjaya. Terlalu mudah untuk mengalah. Tanamkan dalam diri untuk beredar dari kepompong lama yang menghantui dan teruskan bergerak menuju kejayaan sebenar yang diidamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.