Perlukah Kita Melantik Mentor Kewangan?

Jawapannya adalah PERLU.

Siapa Mentor Kewangan??  

Orang yang akan membantu kita atau mana-mana individu yang mengalami kesukaran dalam menguruskan kewangan peribadi, perniagaan, syarikat, keluarga dan lain-lain. Mentor Kewangan akan memantau segala perjalanan dalam pengurusan kewangan bermula dari bawah dengan teliti dan teratur.

Kenapa kita perlu mentor kewangan?

1-Kenalpasti kesilapan kewangan

Ini kerana kita bakal ketahui di mana silapnya pengurusan kewangan yang telah kita jalankan. Seorang mentor akan bertindak mencari tahu kenapa kegagalan itu berlaku. Apa yang telah kita buat yang menjadikan ia satu kesilapan.

2-Membantu segala pergerakan kewangan

Mentor kewangan bertindak sebagai pembantu dan penggerak kerja kita dalam menguruskan permasalahan yang mungkin atau telah berlaku dalam kewangan seharian tanpa kita sedar. Setidaknya mereka menyedarkan kita dari zon selesa yang mungkin kita merasakan sesuatu tindakan itu betul dan tepat.

3-Mencari matlamat kewangan sebenar

Dengan adanya mentor kewangan, kita akan mengecapi sasaran objektif dan matlamat hala tuju yang kita inginkan dari semasa ke semasa.

4-Menyelesaikan konflik kewangan

Mereka dapat menjelaskan kepada kita dari sebarang konflik kewangan yang timbul sedikit sebanyak membebankan kita sendiri seperti hutang yang kian bertambah dan sukar diuruskan dengan bijak.

5-Membantu cara fikir yang lebih baik

Mereka dapat membantu dari segi cara berfikir dan bertindak dengan lebih efisien dalam pengurusan kewangan peribadi. Contohnya dalam pembelian rumah. Mereka lebih tahu berdasarkan pengalaman dan skop kerja yang disandang.

Tidak rugi anda mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menggunakan khidmat mentor kewangan jika anda sememangnya mampu dan memerlukannya. Jangan pula merasakan diri sentiasa betul dan tidak perlu kepada idea dari yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.