Pembaziran Kewangan Tanpa Sedar

Bagi sesetengah individu, duit adalah segala-galanya kerana semua benda memerlukan duit. Tapi jika tidak dibendung dan dikawal, duit boleh memakan diri sendiri.

Kanak-kanak atau remaja mungkin tidak merasakan pembaziran kewangan kerana tidak pada usia sebegitu mereka diberi duit oleh ibubapa atau penjaga masing-masing. Mungkin ada segelintir tetapi jarang sekali didengari mereka berdikari mencari sumber kewangan sendiri pada peringkat itu.

Biasanya zaman dewasa barulah kita merasakan kewangan itu sangat penting tetapi masih terjadi pembaziran. Mungkin kita sedar atau mungkin juga tidak. Mengapa itu berlaku?

 

1 – Nafsu dengan penukaran gajet dan pengubahsuaian kenderaan

Zaman serba moden sekarang, gajet boleh dikatakan alat yang wajib individu miliki kerana pembangunan teknologi yang pesat. Semuanya berada di hujung jari. Namun, tidak perlulah menukar gajet baharu setiap bulan. Manfaatkan yang sedia ada selagi boleh digunakan.

Begitu juga kenderaan, tidak perlu menukar kenderaan baharu yang lebih mahal atau lebih terkiri kerana ianya pembaziran semata-mata. Gunakan kenderaan yang sudah tersedia selagi masih boleh digunakan. Jangan mudah melupakan aset yang pernah berjasa kepada kita.

2 – Perbelanjaan harian yang berlebihan

Biasanya paling ketara individu tidak dapat kawal perbelanjaan makanan. Sarapan pagi nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya. Tengahari makan di restoran-restoran mahal dengan kawan-kawan atau rakan sekerja. Malam pula ajak kawan-kawan atau keluarga keluar makan di restoran. Tanpa kita sedar, banyak yang telah dibazirkan untuk makanan sahaja. Memasak sendiri jauh lebih menjimatkan berbanding kita menghabiska dengan membayar makan di luar.

3 – Tidak serius belajar di peringkat IPT dan tidak menghabiskannya

Perbelanjaan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sangat tinggi samada diploma, degree dan sebagainya. Anda sendiri telah melakukan pembaziran kewangan yang sangat besar kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan menghabiskannya pada tempoh yang ditetapkan.

4 – Membeli dan mengumpul hartanah dengan cara yang salah

Hartanah ialah satu aset yang bagus. Namun, individu yang bergiat dalam mengumpul hartanah mestilah mempunyai ilmu seperti apa aset yang sesuai waktu sekarang dan lain-lain. Jangan terburu-buru membuat keputusan melibatkan kewangan kerana kelak risau tersalah dalam tindakan.

 5 – Pembaziran bulan puasa

Ramadhan adalah bulan dimana umat Islam melakukan ibadah puasa selama sebulan dan seterusnya menyambut Aidilfitri. Kita diuji dengan lapar dan dahaga sepanjang hari selama tempoh berpuasa dan musim inilah kita berbelanja mengikut nafsu yang melampau. Semua benda dibeli di bazar ramadhan kerana tergugat akibat lapar. Gagal mengawal diri dan akhirnya berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.

 

Kewangan boleh dikawal dengan berhemah jika ianya bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang menentukan kedudukan kewangan pada masa depan samada cukup untuk simpanan kecemasan atau tidak. Urus kewangan kita dengan baik sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published.