Kesan Berhutang Terhadap Individu

Setiap individu sudah sinonim dengan hutang. Nak bina rumah, berhutang. Beli kereta, berhutang. Sambung pelajaran, berhutang. Boleh dikatakan masyarakat akan berhutang dalam kelangsungan hidup. Masyarakat sekarang tidak dapat lari dari berhutang tetapi kita boleh mengawalnya dengan baik dengan mendahulukan mana yang perlu dan penting. Tidak semestinya berhutang adalah penyelesaian.

Hutang tidak mendatangkan kebaikan pada kita malah akan memberi kesan pada kehidupan seseorang. Antara kesan-kesan berhutang terhadap individu ialah :

 

1 ) Hidup tidak tenteram

Seseorang akan berasa tidak tenang sekiranya berhutang kerana berfikir tentang hutang yang dibuat. Mungkin juga risau tidak mampu bayar untuk tahun-tahun seterusnya dengan sebab kehilangan kerja atau sebagainya. Kita tidak tahu bagaimana kehidupan kita dua tiga tahun seterusnya kerana ekonomi yang tidak stabil.

2 ) Sentiasa memikirkan cara untuk membayar

Semakin lama kita menyimpan hutang dengan tidak membuat bayaran, semakin bertambah jumlahnya kerana hutang mempunyai tempoh masa yang telah ditetapkan. Seperti hutang pendidikan, berkemungkinan anda boleh dikategorikan di dalam senarai hitam.

3 ) Pemikiran sentiasa dibelenggu masalah

Hutang adalah beban kepada individu. Hutang juga satu masalah kerana ia hadir apabila kita tidak mampu mendapatkan sesuatu dengan duit sendiri. Jadi individu terpaksa berhutang untuk mendapatkannya seperti membeli kereta baharu yang berharga RM60,000. Dengan masalah tersebut, kita menambahkan lagi bebanan dengan hutang.

4 ) Mudah rasa marah

Emosi juga akan terganggu kerana hutang. Sudah pasti orang terdekat seperti isteri dan anak-anak yang akan menjadi mangsa. Hutang menjadikan kita kekurangan pendapatan bulanan kerana ia telah ditolak dari jumlah pendapatan tetap. Apabila kekurangan duit untuk membeli peralatan rumah dan sebagainya, isteri dan anak-anak yang akan terkena tempias kerana emosiĀ  individu berhutang yang tidak menentu.

5 ) Aliran tunai tidak stabil

Jika sebelum ini pendapatan kita banyak dan cukup untuk perbelanjaan sebulan tetapi setelah berhutang, banyak cabang yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Ini menjadikan aliran tunai tidak tetap dan tidak stabil untuk kewangan bulanan bagi memenuhi keperluan sendiri dan tanggungan.

6 ) Memberi kesan pada prestasi kerja

Emosi yang tidak menentu, kewangan tidak stabil, banyak masalah sedikit sebanyak menggangu prestasi kerja individu kerana memikirkannya. Individu akan mula hilang fokus ketika bekerja kerana masalah yang dialami.

 

Jangan berhutang jika tidak mampu untuk melunaskannya. Berhutang hanya pada keperluan bukan kemahuan diri yang tidak terbatas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.