Untuk menjadikan wasiat terlaksana dengan baik, sudah pasti ada individu yang membantu dalam pentadbirannya dari awal sehingga selesai. Tanpa mereka, wasiat tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Pewasiat menjadi faktor penting bagi pemilihan individu-individu ini kerana boleh jadi silap orang, harta kita yang menjadi mangsa.
Siapa 3P yang dimaksudkan di sini? Ikuti perkongsian tentang tulang belakang dalam pentadbiran wasiat.
PERTAMA : PELAKSANA
P yang pertama ialah Pelaksana.
- Iaitu individu yang akan mengenalpasti aset-aset dan ahli waris (penerima manfaat) yang bakal menerima aset atau harta tersebut.
- Pelaksana juga bertindak untuk mengumpulkan dan merealisasikan keseluruhan aset individu supaya tidak ada yang tercicir.
- Pada situasi kematian, pelaksana bertindak untuk membayar segala kos pengebumian individu yang meninggal dunia. Perbelanjaan ahli waris dan hutang yang menjadi milik pihak lain mesti dijelaskan setelah berlaku kematian. Ini menjadi tanggungjawab pelaksana untuk menguruskannya.
- Selain itu, pelaksana dikehendaki mengagihkan warisan dan keturunan individu. Hal ini bagi kelancaran pentadbiran harta dan aset yang bakal diberikan.
- Pelaksana juga perlu menguruskan dan mengagihkan harta tanah kediaman yang ditinggalkan kepada ahli waris.
KEDUA : PEMEGANG AMANAH
P kedua ialah Pemegang amanah.
- Pemegang amanah ditugaskan untuk menguruskan aset yang telah sedia dimaklumkan untuk ahli waris (penerima manfaat) tersebut. Ia termasuk manfaat yang bakal diterima oleh ahli waris.
- Pemegang amanah bertangunggjawab untuk menguruskan orang kepercayaan yang dibuat oleh pewasiat di dalam wasiat. Orang kepercayaan dibuat untuk mengendalikan wasiat terus kepada ahli waris dan pemegang amanah mestilah memantau segala pentadbiran yang dilakukan.
- Bergantung kepada pewasiat sendiri, pelaksana dan pemegang amanah boleh jadi orang yang sama kerana tugas yang tidak jauh berbeza. Kedua-duanya mempunyai tugas hampir sama dan boleh menguruskannya jika hanya seorang sahaja dilantik.
KETIGA : PENJAGA
P ketiga ialah Penjaga.
- Penjaga bermaksud orang yang akan menjaga aset atau harta ahli waris (penerima manfaat) yang masih kecil (belum cukup umur). Penerima manfaat ini tidak boleh memegang aset yang akan diterima kerana faktor usia. Jadi penjaga akan memainkan peranan menjaga dan menguruskannya bagi pihak penerima manfaat sehingga tempoh yang telah dipersetujui.
- Aset atau harta tersebut adalah milik penerima manfaat sepenuhnya. Sekiranya ada keperluan atau pembaikian ke atas aset, ianya perlu melalui pelaksana dan pemegang amanah terlebih dahulu. Barulah diserah kepada penjaga untuk diberikan kepada penerima manfaat.
Tanpa pelaksana, pemegang amanah dan penjaga wasiat tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana ketiga-tiga mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran wasiat individu. Urus wasiat kita sebelum meninggal dan semasa sihat kerana ianya waktu terbaik.
