Wisoyah tu apa ?
Wisoyah merupakan amanah dalam Islam. Dalam situasi wasiat, wisoyah bertindak sebagai dokumen kepercayaan (amanah) bagi melantik pemegang amanah dan pelaksana yang dibuat oleh pewasiat sebelum meninggal dunia.
Jadi, perlu ke wisoyah ? Jawapannya adalah PERLU.
Serba sedikit mengenai wisoyah :

1 ) Menentukan seorang pelaksana dan alternatif yang mungkin bagi pelaksana lakukan untuk harta
Pelaksana akan dilantik melalui wisoyah kerana ianya mesti jelas dengan bukti. Dokumen dibuat bagi melantik pelaksana menguruskan harta pusaka dan cara-cara atau alternatif yang dapat dilakukan oleh seorang pelaksana dalam mengendalikan harta pusaka.
2 ) Mengagihkan penjaga untuk penerima manfaat yang kecil atau penerima yang lain
Wisoyah menjadi bukti adanya penjaga bagi ahli waris atau penerima manfaat yang masih kecil. Sukar untuk dipercayai jika tidak ada bukti yang kukuh mengenainya. Begitu juga untuk penerima yang lain, prosedurnya mestilah jelas sama seperti penerima manfaat yang masih kecil.
3 ) Memberi arahan untuk pembahagian peribadi
Setiap arahan yang dibuat akan dirujuk melalui wosiyah kerana ianya garis panduan kepada pelaksanaan yang bakal dibuat.
4 ) Membuat permintaan tertentu (wasiyyah)
Wasiat akan dibuat selari dengan ketetapan wisoyah. Ianya membantu menentukan wasiat yang akan dibuat oleh pewasiat. Dan akan memberi manfaat kepada penerima manfaat yang akan mewarisi harta tersebut.
5 ) Memberi kuasa kepada pelaksana mentadbir harta
Pelaksana dapat melakukan tugasan dengan baik dan jelas melalui wisoyah. Kerana wisoyah telah menunjukkan bukti keizinan bahawa pelaksana bebas untuk menguruskan harta peninggalan si mati berdasarkan syarat-syarat tertera pada wisoyah.
6 ) Membimbing pelaksana bagi pengurusan pengebumian
Wisoyah juga menjadi garis panduan bagi pengurusan pengebumian si mati. Ia memudahkan pelaksana bagi menguruskannya ketika berlaku kematian.
Jadi, wisoyah jelas perlu dalam ketetapan melakukan wasiat. Ia selari dengan pelaksanaan wasiat kerana segala perancangan mesti ada hitam putih supaya jelas.
