Pentadbiran Harta Pusaka : Apa Itu Kuasa Wakil ?

Dalam pentadbiran harta, kita boleh menggunakan wakil dalam menguruskan harta jika kita tidak dapat melakukannya. Sebagai contoh, ada peguam yang akan menjadi wakil.

Untuk melaksanakan wakil dalam pentadbiran harta individu, satu tindakan yang mesti dilakukan iaitu pemilikan kuasa sebagai wakil. Kuasa menjadi wakil adalah satu bentuk dokumen yang akan membenarkan individu atau organisasi menguruskan harta, kewangan atau sebarang urusan kesihatan sekiranya kita tidak dapat melakukannya.

Kuasa wakil bagi menguruskan harta penting bagi individu yang mengambil berat tentang hartanya dan mempunyai kerisauan jika berlaku kehilangan harta. Ia juga dapat membantu individu bagi mengurangkan kos pengurusan harta kerana ada wakil yang akan menguruskan semuanya.

Nota penting untuk mengendalikan kuasa wakil

-Periksa latar belakang

Cek betul-betul latar belakang wakil yang dibuat dari segi kesahihan, individu yang bertanggungjawab bertindak mewakili syarikat samada broker atau ajen hartanah. Semua pihak yang terlibat harus mendapat penelitian jelas seperti keupayaan dan pengalaman mereka sepanjang perkhidmatan yang telah dibuat. Tambah lagi, periksa juga misi dan tujuan mereka dalam mengendalikannya.

 

-Ambil peguam

Sebelum anda melakukan kuasa wakil, eloknya berjumpa dengan peguam terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungannya. Walaupun ada yang mengatakan kuasa wakil dibuat oleh peguam, anda tidak semestinya mempercayai tanpa usul periksa sendiri. Hal ini bagi mengelakkan berlaku penipuan kerana ramai yang mungkin cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kita.

 

-Menyimpan salinan kuasa wakil

Salinan penting seperti tandatangan, setem dan pendaftaran kuasa wakil mestilah diberikan kepada anda sebaik sahaja proses selesai. Ini penting bagi simpanan kita sendiri sebagai rujukan pada masa akan datang.

 

Seeloknya, uruslah harta kita sendiri jika mampu melakukannya. Seandainya tidak mampu, serahkan kepada kuasa wakil bagi menguruskannya. Jadi bijak demi masa depan harta kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.