Pentadbiran Harta Pusaka : Siapa Yang Boleh Mohon Surat Kuasa ?

Siapa yang boleh mohon surat kuasa ?

Persoalan ini mungkin sering kali bermain-main di minda kita. Mungkin ada yang sedang mengalami situasi ini sekarang. Elok sekali kita ikut perkongsian di bawah untuk penjelasan lebih lanjut mengenainya.

Ahli waris (Penerima manfaat)

  • Ahli waris boleh membuat permohonan surat kuasa bagi menguruskan harta si mati. Ahli waris atau penerima manfaat ialah isteri, suami, anak lelaki dan perempuan, ibu dan bapa, adik-beradik dan lain-lain.

Pemiutang

  • Pemiutang ialah orang yang memberi hutang. Sekiranya si mati mempunyai hutang, pemiutang boleh untuk memohon surat kuasa pentadbiran harta pusaka si mati kerana mereka berhak ke atas harta tersebut. Pemiutang adalah seperti bank (hutang rumah atau kereta), koperasi dan sebagainya.

Pihak pembeli dan pemegang serah hak

  • Dalam kata lain, pihak gadaian dan pajakan. Seandainya si mati terlibat dengan pihak pembeli dan pemegang serah hak atau mana-mana institusi gadaian dan pajakan. Mereka antara yang boleh mohon surat kuasa pentadbiran harta si mati kerana mempunyai kepentingan dalam harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Pemegang amanah

  • Pemegang amanah disini bermaksud institusi yang menjaga kebajikan aset dan harta si mati. Institusi ini ialah Insolvensi, Amanah Raya Berhad dan lain-lain yang mempunyai hubung kait dengan harta peninggalan si mati.

Pihak Berkuasa

  • Pihak berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan Baitulmal juga boleh memohon surat kuasa bagi pentadbiran harta si mati. Ini kerana mereka juga mempunyai kepentingan masing-masing dalam harta pusaka yang ditinggalkan.

Semoga perkongsian ini memberi pendedahan yang jelas tentang siapa yang boleh memohon surat kuasa bagi pentadbiran harta si mati dan kita semua dapat berlaku adil terhadap harta yang ditinggalkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.