Kenali Harta Sepencarian

 

Harta Sepencarian adalah harta yang timbul di antara suami dan isteri yang telah dikumpul dan diperolehi sepanjang perkahwinan yang dibina. Samada ianya berbentuk wang ringgit mahupun aset. Selagi harta tersebut wujud di atas kerjasama dan kesepakatan bersama suami dan isteri.

Suami dan isteri masing-masing mempunyai hak ke atas harta sepencarian. Dengan syarat, mereka telah bergelar suami isteri yang sah di sisi Islam.

Hak di dalam harta sepencarian merupakan tanda penghormatan bagi kedua-dua pihak yang telah sama-sama mendapatkannya selama tempoh perkahwinan.

Beberapa ulama’ telah berpendapat mengenai harta sepencarian. Ianya wujud sebagai adat yang telah dipraktikkan oleh masyarakat Melayu. Namun begitu, meskipun ianya adat, majoriti ulama’ Muslim membenarkannya kerana bersesuaian dengan Islam dan tidak ada percanggahan hukum syarak dan sesuai dengan Maqasid al-Syarie’. Dan ia telah digunapakai ramai sehingga akhirnya dijadikan Undang-Undang Islam di Malaysia.

Bagi menguatkan lagi, terdapat dalil mengenai harta ini iaitu di dalam al-quran Firman Allah swt yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada bahagian yang lain kerana lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakannya dan bagi perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah swt sebahagian daripada kurniaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” – Surah An-Nisa’ ayat 32.

 

Tiga situasi tuntutan Harta Sepencarian

Apabila berlaku tiga situasi ini, suami atau isteri boleh membuat tuntutan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

1 ) Apabila berlaku perceraian

Suami atau isteri boleh menuntut harta sepencarian apabila berlaku perceraian. Ia akan dikirra dan diuruskan apabila pasangan telah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

2 ) Apabila berlaku kematian

Harta sepencarian juga boleh dituntut setelah berlaku kematian. Contohnya, suami meninggal dunia. Isteri boleh menuntut hak dalam harta sepencarian bersama suami sebelum membuat pembahagian harta pusaka.

3 ) Poligami

Di dalam Islam, suami dibenarkan untuk mempunyai 4 orang isteri dalam satu masa. Sekiranya suami ingin berkahwin lagi, isteri boleh memohon untuk mendapatkan harta sepencarian bersama suami dalam situasi ini. Bagi menghormati usaha bersama dalam mendapatkan harta tersebut.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.