Tips Perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful merupakan satu perlindungan yang teramat penting bagi setiap muslim untuk menjaga diri kita daripada kesan selepas musibah. Takaful yang bersifat Islamik ini sememangnya khas diberikan kepada pemegang polisi sebagai satu kelebihan dalam kehidupan.

Pelbagai jenis syarikat Takaful di seluruh Negara yang menawarkan perkhidmatan takaful dengan polisi dan terma yang sama. Namun kita harus tahu juga beberapa tips sebelum kita memohon takaful ini untuk apa, secara am nya perlindungan peribadi takaful terbahagi kepada dua iaitu Takaful Am dan Takaful Keluarga.

Produk utama takaful am adalah seperti :

  1. Pelan Empunya/Kebakaran/Isi Rumah
  2. Pelan Motor
  3. Pelan Kemalangan Diri

Produk utama takaful keluarga pula adalah :

  1. Pelan Keluarga
  2. Pelan Berkaitan Pelaburan
  3. Pelan Pendidikan Anak
  4. Pelan Perubatan dan Kesihatan
  5. Pelan Anuiti

# Sebelum kita memilih, kita wajib tahu berapa jumlah perlindungan kita perlukan, ini kerana setiap pemegang polisi berbeza jumlah pendapatan dan tangga gaji yang berlainan. Seeloknya kita digalakkan mencari ejen takaful yang boleh dipercayai, sekiranya kita ada orang yang kita kenal dan boleh dipercayai maka cubalah dapatkan khidmat konsulat darinya.

# Kita juga harus memahami setiap polisi dan syarat yang tertakluk sebagai pemegang polisi agar tiada sebarang permasalahan mahupun kekeliruan seandainya tiba masa untuk kita claim takaful itu. Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti punca permasalahan atau kerugian itu.

# Sebolehnya kita memotong gaji bulanan kita dalam 5% hingga ke 10% dan mengekalkannya secara konsisten namun itu terpulang kepada pemegang polisi terbabit mengikut keupayaan pendapatan masing-masing.

# Umur yang sebagusnya untuk menjadi pemegang polisi seeloknya bermula dari umur yang muda seperti 25 tahun sebagai contoh, andai si pemegang polisi berumur 25 tahun dan membayar setiap bulan RM100 (25 Tahun x RM100) protection yang diterima oleh nya dalam anggaran RM300k sehingga RM500k. Bandingnya pula sekiranya pemegang polisi tersebut bermula dengan umur dalam 50 tahun (50 tahun x RM100) rata-rata yang diterima adalah sebanyak RM20k sahaja. Maknanya cubalah kita sertai pada umur yang masih muda.

# Untuk kita mendapatkan perkhidmatan dan konsultan yang terbaik seeloknya dapatkan dari ejen yang kita kenal. Ini kerana kita dah tahu sikap dan caranya macammana, sekiranya was-was juga cubalah cari ejen yang terbukti telah dipercayai oleh pemegang polisi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.