
Secara kasarnya, pinjaman peribadi membawa maksud pembiayaan yang diberikan kepada pihak peminjam tanpa perlu mendedahkan penggunaannya.
Pinjaman Peribadi yang popular adalah pinjaman dari pihak Bank.
Pinjaman ini boleh diklasifikasikan sebagai pinjaman secara Tradisional yang dibahagikan kepada dua iaitu Bercagar dan Tidak Bercagar.
Pinjaman Bercagar (Secured Personal Loan)
Definisi bagi Pinjaman Bercagar membawa erti pinjaman yang bergantung kepada aset sebagai cagaran untuk peminjam.
Andainya berlaku kecurian pinjaman, pemberi pinjaman berhak untuk mengambil alih aset tersebut lalu menggunakannya untuk menutup pinjaman.
Pinjaman Tidak Bercagar (Unsecured Personal Loans)
- Definisinya adalah pinjaman yang tidak memerlukan sebarang aset untuk pencagaran.
- Pinjaman ini lebih sukar untuk mendapatkan dan mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
- Pinjaman ini hanya bergantung kepada sejarah kredit dan pendapatan kita untuk melayakkan mendapat pinjaman.
ii. Pinjaman Perumahan
Pinjaman jenis ini paling diminati kerana memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang yang wajib sebagai satu perkara asas keperluan dalam kehidupan.
Ramai yang gagal dalam melakukan pinjaman perumahan disebabkan kesan daripada kegagalan pembersihan nama daripada hutang yang berkait rapat dengan bank.
Di Malaysia, pihak bank selalunya menawarkan dua jenis pinjaman iaitu Pinjaman Tetap dan Pinjaman Perumahan Boleh-Ubah atau “Flexi-Loan”
Pinjaman Perumahan Tetap merupakan satu pinjaman bagi seseorang individu membayar secara bulanan mengikut amaun yang telah di tetapkan oleh pihak bank. Contohnya pinjaman tersebut adalah 30 tahun, maka si peminjam wajib membayar secara konsisten selama 30 tahun dengan ansuran yang telah ditetapkan. Dengan cara begini kita dapat memantau perbelanjaan pada setiap tahun.
Pinjaman Perumahan Boleh-Ubah sebenarnya merupakan sebuah pinjaman tetap tetapi ianya digabungkan bersama Akaun Semasa Peminjam. Maksudnya disini, peminjam dapat kebebasan tanpa terikat dengan sebarang ketetapan bulanan. Dengan cara ini peminjam akan mendapat lebih kadar faedah yang bleh dijimatkan daripada dikenakan oleh pihak bank.
iii. Pinjaman Kenderaan

Memiliki sebuah kenderaan adalah memudahkan pergerakan seseorang itu untuk kemana sahaja destinasi. Maka ramai yang membuat pilihan untuk membeli kenderaan yang baru daripada memilih yang terpakai, ini kerana kenderaan yang baru mempunyai prestasi yang agak baik dan tidak memerlukan untuk kita memikirkan kerosakan yang timbul.
Oleh itu kenderaan yang paling utama dalam hidup adalah kereta. Ia disebabkan satu kenderaan yang agak selamat dipakai tatkala panas ataupun hujan. Jadi kebanyakkan individu akan membuat pinjaman peribadi melalui bank untuk merealisasikan keperluan mereka.
- Pinjaman kenderaan ini selalunya melibatkan pembelian kereta secara ansuran yang memakan masa sehingga 10 tahun pinjamannya.
- Pinjaman ini juga dikenali sebagai Pinjaman Sewa Beli.
- Pinjaman seperti ini mempunyai Kadar Faedah Pinjamannya Yang Tersendiri dan peminjam harus tahu bahawa ini merupakan ciri-ciri pinjaman terbabit.
- Ketidakupayaan untuk membayar ansuran setiap bulan akan memberi kesan buruk kepada peminjam dan itu merupakan factor terbesar kepada status muflis.
- Disarankan membeli kereta yang ansurannya tidak melebihi 15% daripada pendapatan bulanan yang diterima agar kestabilan pembayaran tidak terganggu.
Dengan ini kita dapat tahu serba sedikit tentang jenis Pinjaman Peribadi yang sering dilakukan oleh peminjam di seluruh Malaysia.
