
Di Malaysia, ramai yang menjadikan pelaburan sebagai satu sumber untuk meningkatkan lagi jumlah aset yang sedia ada dan begitulah merupakan cara yang berkesan bagi mereka yang inginkan keuntungan dalam kehidupan.
Namun ramai yang tidak sedar bahawa ada juga pelaburan yang menyumbang kepada kegiatan yang tidak berguna atau kata lain penipuan. Maka kita seharusnya kenalah berhati-hati dalam apa sahaja urusan yang membabitkan dengan kewangan diri.
Secara kasarnya, pelaburan membawa maksud meletakkan sebuah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda.
Disini saya senaraikan jenis-jenis pelaburan peribadi kewangan yang anda perlu tahu,
i – Pelaburan di Bank
- Pelaburan saham di bank selalunya berisiko agak rendah dan peratus dividen yang diterima selalunya tidak melebihi daripada 3% dan ianya bergantung kepada pihak bank.
- Duit pelaburan dapat dikeluarkan bila-bila masa sahaja dan ianya boleh disertai oleh sesiapa saja.
ii – Pelaburan Koperasi

- Pelaburan yang mengutamakan dan meningkatkan kepentingan ekonomi bagi anggota-anggotanya.
- Ianya berisiko sederhana dan dividen yang diterima selalunya melebihi 8% dan pernah mencapai 15% tapi tak semua koperasi dapat mencapainya.
iii – Pelaburan Produk Seperti ASB, PNB, ASN2 Dan Sebagainya

- Pelaburan ini ramai yang menyertainya sebagai contoh pelaburan ASB yang menjamin dividen antara 7% hingga ke 8% bagi setiap unit.
- Mempunyai risiko yang rendah kerana pelaburan seperti ini merupakan jaminan sendiri oleh kerajaan Malaysia.
iv – Pelaburan Saham Amanah (Unit Trust)

- Maksud dari segi istilahnya adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, kemudian ianya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana professional.
- Risikonya mengikut jenis dana yang dipilih iaitu rendah, sederhana atau tinggi. Semakin tinggi risikonya semakin banyak keuntungan diterima.
- Dividen nya selalu melebihi 12% setahun.
v – Tabung Haji

- Dikenali dengan pengurusan urusan haji dan simpanan, pelaburan juga merupakan salah satu aktiviti dalam Tabung Haji.
- Simpanan pendeposit dilaburkan dalam aktiviti pelaburan dan isntrumen patuh syariah bagi menjana pulangan yang kompetitif.
- Kebaikkannya adalah risiko yang rendah dan pulangan dividen antara 6% hingga 9% setahun.
vi – Saham Bursa Malaysia

- Dikenali dengan nama lamanya sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) diibaratkan seperti ‘pasar’ yang menjadi tempat jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).
- Berisiko sangat tinggi namun untungnya lebih.
- Peratus pulangannya bergantung kepada prestasi syarikat. Ada harga saham yang naik lebih 100% hanya masa setahun, selain keuntungan melalui perbezaan harga saham, pelabur juga akan menerima dividen.
vii – Pelaburan Hartanah
- Secara umumnya pelaburan hartanah adalah pelaburan yang dibuat dengan membeli satu jenis hartanah khas bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada pembelian tersebut, sama ada untuk aliran tunai (cash flow) atau kenaikan harga tanah (capital appreciation)
- Risiko bergantung kepada lokasi hartanah dan ekonomi semasa dan memerlukan modal yang sangat besar, namun pulangan dividennya amat menguntungkan mengikut lokasi dan permintaan.
viii – Pelaburan Dalam Takaful

- Sebuah pelaburan yang berlandaskan syariat islam dan secara amnya Insuran Takaful ini adalah lebih kepada perlindungan.
- Risiko yang sangat rendah
- Pulangan lebih kurang 3% setahun bergantung kepada pihak syarikat itu sendiri.
vx – Forex Trading

- Forex Trading adalah sebuah pelaburan perdagangan dalam bentuk matawang asing yang mempunyai tujuan untuk memperoleh keuntungan bagi pihak yang melabur.
- Pelaburan yang berisiko tinggi
- Dividen yang diterima agak lumayan namun urusan transaksi tidak dikawal selia.
- Forex ini tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia serta ianya tidak mematuhi syriah.
x – Pelaburan Lain-lain Seperti Emas & Perak

- Definisinya adalah membeli emas fizikal atau sebarang produk-produk kewangan yang berasaskan emas bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
- Pelaburan yang berisiko tinggi
- Pulangan yang diterima adalah bergantung pada harga pasaran emas dunia.
Berikut itulah sedikit pengenalan jenis-jenis pelaburan untuk peribadi yang berbeza dalam setiap kategorinya.

