
Dalam kehidupan ini, apa yang selalunya kita inginkan adalah mempunyai simpanan duit yang banyak. Tak kiralah simpan melalui cara macammmana sekalipun, hasilnya pula pasti akan berbeza kerana akan ada orang yang berjaya menyimpan dan ada yang sebaliknya.
Dalam umur yang masih muda dalam bawah 30 seeloknya cubalah untuk mula menyimpan sebab kita pasti akan memerlukan dana simpanan yang kita kumpul itu pada masa akan datang.
Maka, disini adanya satu alternatif yang bagus untuk sesiapa juga yang mahu memulakan pelaburan yang diiktiraf kerajaan dan selamat. Ianya adalah Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Apa itu Amanah Saham Bumiputera (ASB) ?
– ASB ini sebenarnya telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada tarikh 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera supaya dapat menyediakan simpanan secara alternatif.
– Simpanan ASB ini dapat menjana pulangan/dividen untuk jangka masa yang panjang secara konsisten. Dalam erti kata lainnya, setiap tahun pemegang ASB akan menerima faedah yang konsisten.
– Ianya merupakan sebuah harga dana pendapatan ekuiti tetap iaitu harga bagi setiap unit telah ditetapkan pada RM1.00.
– Pelaburan ASB mempunyai had pelaburannya iaitu pelabur hanya boleh melabur sehingga RM200,000 sahaja.
– Mempunyai 2 kategori iaitu penyimpanan biasa dan penyimpanan secara Pinjaman (ASB Loan) :-
i- Penyimpanan biasa pemegang saham ASB boleh mengeluarkan amaun unit pada bila-bila masa sahaja di kaunter bank yang berdaftar.
ii- ASB Loan pula pemegang akan membayar secara konsisten pada satu amaun yang telah ditetapkan setiap bulan sehinggalah unit dana itu matang sepenuhnya. Namun pemegang saham boleh mengeluarkan baki dividen pada setiap awal tahun dimana peratusnya mengikut keputusan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
Macammana Nak Mulakan Pelaburan ASB Ni ?
– Kepada yang baru nak melaburkan diri dengan membeki dana pelaburan ASB ini digalakkan untuk terus ke Bank-bank yang berdaftar atau pun ejen yang bukan bank :-
Bank yang berdaftar –
- Maybank
- CIMB
- RHB
- AffinBank
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Hong Leong Islamik Bank Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- Ambank
- Alliance Bank
– Manakala Ejen yang bukan bank pula adalah Pos Malaysia.
– Sekiranya dahulu system secara manual dilakukan di bank-bank mahupun pejabat pos iaitu dengan membeli dana melalui buku biru sebagai bukti, namun kini sudah tidak perlu lagi kerana system perbank kan telah dinaiktarafkan agar pemegang ASB boleh membeli dana secara pemindahan dari akaun bank peribadi. Namun caj RM1.00 akan dikenakan bagi setiap transaksi yang telah berjaya.
– Dengan kemudahan yang memudahkan itu senang bagi pemegang saham untuk melabur dimana sahaja berada. Akan tetapi setiap penjualan (bagi pelaburan biasa) haruslah dilakukan dikaunter bank yang berdaftar.
Banyak kebaikkan ASB yang perlu kita tahu lagi sebenarnya kerana ianya merupakan satu simpanan yang diiktiraf sendiri oleh Kerajaan Malaysia dan selamat disimpan secara konsisten.
Pulangan yang diterima oleh pemegang saham juga selalunya tidak kurang 0.50 bagi dana seunit.
Ini menjadikan ramai yang menjadikan simpanan ASB ini sebagai satu pelaburan yang digalakkan dan menarik minat pada pelabur-pelabur baru untuk menyertainya secara Simpanan Biasa mahupun secara Pinjaman ASB mengikut kelayakan , terma dan syarat.