Apa Nak Buat Kalau Dah Bersara ?

Mungkin bagi anda kehidupan selepas bersara adalah detik yang dinantikan. Tetapi kalau tidak dimanfaatkan dengan baik, tiada gunanya.

Waktu selepas bersara adalah masa yang terbaik untuk berada di samping orang-orang tersayang seperti ibubapa (jika masih ada), isteri dan anak-anak.

Ikuti sedikit perkongsian yang anda boleh lakukan setelah bersara.

1 – Berehat menikmati kehidupan

Sebelum ini mungkin selesai sahaja solat subuh, bergegas untuk pergi bekerja kerana tidak ingin bersesak di perjalanan. Apabila bersara, kita boleh lebihkan dari segi solat, boleh mengaji setelah selesai, makanan pula sebelum ini kadang-kadang sempat kadang-kadang tidak berkesempatan memasak sarapan dan sebagainya.

2 – Jaga kesihatan agar sentiasa sihat

Masa kita akan banyak dihabiskan di rumah. Walaupun di rumah, sentiasa jaga kesihatan diri supaya tidak terdedah kepada penyakit yang tidak diingini. Luangkan sedikit masa untuk mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan seperti joging, berkebun atau bermain badminton.

3 – Lebihkan amalan

Bergiat dengan sukarelawan juga perkara yang boleh dipraktikkan. Selama bekerja mungkin kita semua mempunyai kekangan dari segi masa jadi berkhidmatlah sekarang untuk komuniti dan masyarakat. Mulakan dengan membantu jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal untuk kelancaran sesuatu program seperti ceramah harian atau mingguan dan sebagainya.

4 – Menggunakan duit simpanan dengan berhemah

Berbelanja untuk keperluan sahaja. Lumrah orang bersara akan mendapat wang simpanan yang telah disimpan sepanjang perkhidmatan mereka. Namun, jangan terlalu gembira dengan wang yang diterima sehingga terleka untuk keperluan jangka masa panjang. Mungkin setelah bersara ingin menunaikan umrah, pergilah dengan niat yang ikhlas bukan menunjuk-nujuk menggunakan pakej yang paling mahal. Sebaiknya bahagikan terus untuk diri, keluarga dan masyarakat sebagai aset di Akhirat.

5 – Tidak memberi tekanan pada diri

Tekanan yang hadir menjadikan masalah pada kita semua. Masalah boleh jadi dari segi kewangan, orang sekeliling atau juga diri kita sendiri. Dari segi kewangan, tekanan akan timbul jika tidak cukup duit. Jadi rancang kewangan dengan baik dan elakkan dari berhutang. Jaga hubungan dengan orang sekeliling jangan sampai ada yang bermasa muka kerana boleh mengeruhkan keadaan. Sentiasa perbaiki diri supaya jadi insan yang lebih baik.

 

Jangan terlalu seronok dengan kehidupan selepas bersara kerana semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian. Perbanyakkan ibadah, jaga hubungan dengan ibubapa, keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.