
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Skim Persaraan Swasta atau lebih dikenali dengan nama lain iaitu PRS (Private Retirement Scheme).
Apakah itu Skim Persaraan Swasta?
Sejajar dengan nama iaitu persaraan ia merupakan skim simpanan berbentuk sukarela untuk membantu simpanan hari tua. Skim ini tidak terikat dengan jumlah yang ingin disimpan kerana mengikut kemampuan individu itu sendiri. Sekiranya ingin menyimpan sebanyak RM50 adalah dibenarkan.
Bagusnya skim ini adalah untuk penambahan simpanan kita pada hari tua nanti. Setelah bersara semestinya kita memerlukan simpanan kerana tidak lagi mempunyai pendapatan. Namun ianya bukan paksaan dan kewajipan terhadap individu kerana ia berbentuk sukarela.
Skim Persaraan Swasta juga terjamin dan dipercayai kerana dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SCM (Security Commission Malaysia).
Berbeza dengan KWSP, simpanan ini boleh dikeluarkan sebanyak 30% selepas usia 55 tahun dan minimum deposit adalah RM100. Istimewanya skim ini anda boleh menambah simpanan dengan nilai minima sebanyak RM10 sahaja dan ia tidak membebankan masyarakat kerana rata-rata mampu untuk menyimpan dengan jumlah tersebut sekiranya dilakukan secara berterusan.
Istimewanya lagi kerana skim ini sangat mendidik masyarakat supaya berdisiplin kerana simpanan tidak boleh dikeluarkan. Jika dilihat ASB membenarkan para penyimpan untuk mengeluarkan wang simpanan pada bila-bila masa sahaja.
Sebelum ini kerajaan telah memberi insentif RM1000 kepada anak muda yang berusia 20 hingga 30 tahun bagi yang mempunyai baki simpanan sebanyak RM1000. Skim persaraan swasta sangat sesuai dengan rakyat Malaysia kerana didedahkan seawal usia 18 tahun. Mana-mana remaja tempatan 18 tahun boleh membuat simpanan di bawah skim ini.
Kebaikan skim ini juga mempunyai pelepasan cukai sehingga RM3000. Ini merupakan peluang yang baik untuk individu yang ingin mengurangkan bayaran cukai yang bakal dikenakan. Sentiasa berfikir tentang masa hadapan adalah perlu kerana kita semua bakal menghadapi hari tua yang mungkin tidak seindah sekarang kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan dan kudrat untuk melakukan pekerjaan. Jadi ringan-ringankanlah untuk menyimpan.