Pengetahuan Serba Sedikit Tentang Faraidh

Ilmu Faraidh adalah penting bagi orang muslim untuk mempelajarinya.

Pengertian mengikut istilah dan bahasa

  • Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.
  • Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Perkataan Faraidh diambil dari Bahasa Arab yang merupakan Jama’ iaitu kata nama berbilang daripada perkataan faraidhah. Faraidhah pula diambil dari kata akarnya Fardh.

Fardh pula dibahagikan kepada dua erti dari segi bahasa dan erti dari segi istilah Syara’

Makna Fardh dari segi bahasanya adalah “Takdir”, makna lain nya pula adalah bahagian yang ditentukan oleh Syara’ kepada ahli waris.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dan lain-lain);
  2. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dan lain-lain ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dan lain-lain
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.

Pembahagian Faraid merupakan WAJIB.

Hukum Faraid ada dua :-

  • WAJIB – ke atas muslim untuk mengaplikasikan hukum faraidh jika ada pewaris yang meninggal dunia.
  • FARDHU KIFAYAH – Ianya tidak diwajibkan tetapi sangat dituntut untuk melakukannya.

Firman Allah S.W.T ada menyebut :-

“….masa mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu….” (Surah Al-Baqarah, Ayat 237)

Leave a Reply

Your email address will not be published.