
Cukai ialah bayaran yang dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan. Setiap negara mempunyai cukai tersendiri mengikut jumlah yang dipersetujui. Kita boleh lihat di Malaysia, adanya SST iaitu cukai jualan dan perkhidmatan. Kita juga ada cukai jalan, cukai perniagaan dan banyak lagi. Tetapi, tidak semua individu mesti membayar cukai.
Sebagai warganegara, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan ke atas setiap individu untuk membayar cukai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Jumlah cukai yang akan dikenakan bagi individu adalah berbeza amaun setiap tahun kerana terdapat kenaikan dan penurunan harga cukai yang dibayar.
Cukai pendapatan individu bermaksud bayaran yang dikenakan ke atas jumlah pendapatan individu tersebut secara tahunan apabila memenuhi syarat yang ditetapkan. Ini kerana tidak semua individu yang mempunyai pendapatan harus membayar cukai.
Jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai adalah seperti berikut:
1)Perniagaan dan Professional
2)Penggajian
3)Royalti
4)Premium
5)Dividen
6)Pencen
7)Anuiti
8)Diskaun
9)Sewa
10)Faedah
Penting untuk anda tahu, cukai pendapatan individu hanya dikenakan pada pendapatan yang anda peroleh di dalam Malaysia sahaja. Jadi bagi individu yang ingin menunaikan tanggungjawab bolehlah segera berbuat demikian kerana sebahagian dari harta anda merangkumi hak orang lain. Rajin-rajinlah menyucikan harta.