
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP ialah badan yang menyediakan faedah sepanjang tempoh bekerja. Ia merupakan sebuah perbadanan ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. KWSP adalah antara dana persaraan tertua di dunia yang terus melindungi simpanan para pekerja sehingga sekarang. Para pekerja akan melakukan caruman KWSP selama tempoh bekerja dengan potongan bulanan sebanyak 11 peratus.
Terdapat dua jenis akaun yang disediakan oleh KWSP iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.
Akaun 1 ialah akaun simpanan yang tidak boleh diusik sepanjang tempoh simpanan dan hanya boleh dikeluarkan semasa umur 55 tahun.
Berbeza dengan Akaun 2 boleh dikeluarkan semasa umur 50 tahun dan mempunyai keistimewaan sepanjang tempoh caruman. Anda boleh mengeluarkan wang di dalam akaun ini sekiranya mempunyai keperluan seperti membiayai pendidikan, rumah, kesihatan dan lain-lain.
KWSP mempunyai tiga kategori caruman iaitu:
1) Caruman wajib
- merangkumi pekerja dalam sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam.
2) Caruman Sukarela
- caruman pilihan sendiri untuk pekerja sektor informal
3) Lain-lain
- caruman tidak dituntut dan caruman melebihi kadar yang ditetapkan
Pesara akan mendapat manfaat dan faedah yang diberi oleh KWSP. Banyak manfaat yang anda dapat melalui caruman KWSP seperti simpanan hari tua, kemudahan untuk pembelian rumah sendiri akan ditolak dari simpanan kwsp jika memenuhi baki simpanan yang ada. Selain itu boleh melabur dalam “public mutual” dan dapat menggandakan lagi amaun simpanan anda.
Menyenangkan kehidupan individu pada masa tua kelak. Setiap individu mengimpikan kehidupan yang selesa selepas pencen. Simpanan yang ada sedikit sebanyak membantu bagi kelangsungan hidup pada hari tua kerana tidak lagi bekerja.
KWSP membantu masyarakat merancang dengan baik sejak awal penglibatan di alam pekerjaan. Rugilah jika seorang pekerja tidak melakukan caruman KWSP kerana manfaat yang anda bakal dapat pada masa hadapan.