Apa Itu Skim Pencen Kerajaan JPA ?

Di Malaysia, banyak dana dan skim persaraan untuk para pekerja. Skim Pencen Kerajaan Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan salah satu darinya.

Skim ini dikhususkan untuk para pekerja yang terlibat di dalam sektor kerajaan sahaja. Untuk pekerja di dalam sektor ini, mereka diberi 2 pilihan perancangan persaraan iaitu KWSP dan Skim-Skim Pencen.

Kepada yang memilih untuk skim pencen, mereka akan memperoleh manfaat setelah mencapai usia persaraan iaitu 56 tahun.

 

Tujuan Skim Pencen ini kepada para pekerja :

  • Sebagai ikatan untuk terus berkhidmat kepada kerajaan

Walaupun sudah bersara, ada kemungkinan para pesara ini akan dipanggil semulauntuk berkhidmat sekiranya diperlukan. Contohnya askar. Sekiranya berlaku pergolakan di dalam Negara, tenaga pesara diperlukan jika kekurangan tenaga yang ada.

  • Sebagai penghargaan dan pengiktirafan di atas perkhidmatan terbaik yang telah disumbangkan kepada kerajaan

Selain itu sebagai penghargaan kepada para pekerja yang selama ini penuh kesetiaan, amanah dan cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka.

  • Menyediakan perlindungan saraan hidup untuk keluarga mereka yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan atau selepas persaraan

Bagusnya skim ini bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja malahan tanggungan mereka juga. Tanggungan para pekerja kerajaan tidak lagi risau tentang pendapatan kerana skim ini akan melindungi mereka.

  • Menyediakan skim pampasan untuk individu yang memerlukan persaraan awal atau meninggal dunia disebabkan kecederaan atau penyakit yang terdedah kepada bahaya semasa perkhidmatan mereka

Pampasan juga disediakan bagi individu yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan semasa perkhidmatan beliau. Jelas sekali skim pencen ini sangat menjaga kebajikan para pekerja mereka.

 

Skim pencen sangat penting untuk kita semua kerana kita tidak dapat jangka masa depan. Jika bukan untuk diri sendiri, fikirkan yang tersayang kerana jika kita merupakan tonggak utama dalam keluarga, mereka orang pertama yang akan terkesan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.