Apa Itu KWSP Simpanan Shariah?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Pastinya semua arif mengenainya. Namun, tahukah anda tentang KWSP Simpanan Shariah?

KWSP Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif daripada KWSP sendiri untuk disediakan kepada para ahli yang membuat caruman dengan mereka. Ahli yang ingin atau telah mencarum diberi pilihan untuk menguruskannya mengikut Shariah atau tidak.

Semestinya kita akan lebih terjamin jika menyimpan mengikut Shariah lebih-lebih lagi bagi orang Islam kerana merupakan perintah agama.

Ikuti perbezaan simpanan shariah dan simpanan konvensional.

SIMPANAN SHARIAH

  • Keahlian bagi simpanan shariah adalah terbuka kepada semua samada berlainan agama, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Akad keahlian adalah berdasarkan Akad Simpanan Shariah menggunakan kontrak Wakalah iaitu wakil untuk menguruskannya. Wakil disini bermaksud anda mewakilkan pihak KWSP untuk menguruskan simpanan tersebut.
  • KWSP simpanan shariah disokong oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (SAC)
  • Ahli yang telah membuat simpanan KWSP secara simpanan shariah tidak dibenarkan untuk menukar kepada simpanan konvensional.
  • Pengeluaran simpanan semasa dibolehkan seperti biasa kecuali Skim Pelaburan Ahli hanya dibenarkan untuk melabur berpandukan shariah iaitu dana unit amanah yang disokong oleh KWSP.
  • Segala pelaburan berdasarkan prinsip Persekitaran Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan prinsip shariah sahaja.

 

SIMPANAN KONVENSIONAL

  • Keahlian bagi simpanan konvensional adalah terbuka kepada semua samada berlainan agama, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Simpanan Konvensional pula tidak terikat dengan mana-mana kontrak atau akad.
  • Simpanan Konvensional tidak dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (SAC)
  • Semua ahli diberi pilihan untuk menukar simpanan konvensional kepada simpanan shariah.
  • Pengeluaran simpanan semasa boleh dilakukan seperti biasa.
  • Pelaburan bagi simpanan ini berdasarkan Persekitaran Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Leave a Reply

Your email address will not be published.