Harta boleh diuruskan dengan pelbagai cara selagi ia tidak bertentangan dengan hukum dan undang-undang sekiranya harta mutlak milik individu. Pengurusan harta mempengaruhi kehidupan individu itu sendiri kerana melibatkan orang sekeliling iaitu kaum keluarga. Antara cara-cara yang sepatutnya kita ikuti bagi menguruskan harta dengan baik adalah seperti berikut.
1 ) Tentukan jumlah aset yang dimiliki
Pengiraan jumlah aset penting untuk kita merancang. Jumlahkan kesemua aset yang dimiliki seperti aset cair (liquid asset), aset kewangan (financial asset), harta sebenar (real properties) dan harta peribadi (personal properties). Setiap dari aset-aset tersebut, kita tentukan jumlah pemilikan di dalam aset tersebut supaya jelas dan tidak berlaku apa-apa salah faham berkaitannya. Seandainya berlaku, ia boleh diutarakan dengan adil melalui pengiraan yang telah dibuat.
2 ) Tentukan bagaimana pembahagian harta ingin dibuat
Langkah pertama bagaimana yang perlu dilakukan untuk pembahagian harta ialah senaraikan. Senaraikan setiap individu (penerima manfaat) yang kita ingin membuat serahan aset selepas kematian. Penerima manfaat boleh jadi isteri, anak, ibubapa atau lain-lain.
Seterusnya, tentukan berapa jumlah. Jumlah tersebut adalah jumlah yang ingin diagihkan kepada setiap penerima manfaat selepas kematian. Contohnya berapa untuk isteri, berapa untuk anak dan mana-mana penerima manfaat yang lain.

3 – Tentukan kaedah pengagihan aset
Kita boleh menentukan kaedah pengagihan aset yang diinginkan. Individu bebas untuk melakukan pengagihan aset-aset yang ada semasa hayatnya atau ketika meninggal dunia.
Sekiranya individu memilih untuk melakukan pengagihan semasa hayat, mereka boleh mengagihkan aset menggunakan dua cara ini. Dua cara tersebut ialah :
– Hadiah secara langsung
Pengagihan ini boleh dilakukan semasa hayat individu. Tujuan pengagihan secara langsung adalah untuk mengelakkan daripada pengurusan harta pusaka kerana penerima manfaat telah menikmati hadiah tersebut semasa hayat kita.
– Memberi kepercayaan pengagihan aset kepada penerima manfaat
Kepercayaan disini bermaksud kepercayaan kepada penerima manfaat yang bakal menerima harta atau aset kita selepas berlaku kematian. Kerana segala aset yang kita ada automatik akan beralih kepada penerima manfaat dalam bentuk wasiat, kepercayaan atau melalui undang-undang yang menentukan siapa berhak mendapatkan harta pusaka kita sekiranya individu meninggal dunia tanpa wasiat. Contohnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
