Kenapa perlu bayar cukai individu ?

Membayar cukai adalah keperluan dalam kehidupan seharian. Ianya bergantung kepada pendapatan individu. Jika tinggi pendapatan seseorang, maka tinggi bayaran cukai yang akan dikenakan setiap tahun dan begitu juga sebaliknya. Dalam perancangan cukai, hanya individu mempunyai pendapatan tinggi yang akan berhubung dengan pembayaran cukai berdasarkan pendapatan mereka.

Cukai boleh jadi satu jumlah yang besar kepada individu dalam sesuatu bajet yang dirancang. Penting untuk kita letakkan satu target atau cara bagi mengurangkan pembayaran cukai kerana ianya termasuk di dalam rancangan kewangan.

Tujuan kita merancang pembayaran cukai individu adalah untuk meningkatkan jumlah duit yang disimpan. Setiap individu inginkan pendapatan yang banyak sebagai keperluan kehidupan masing-masing, Individu akan merancang supaya pendapatan sentiasa bertambah dan tidak perlu membayar lebih kepada cukai yang telah diwajibkan. Contohnya seperti sering bekerjasama dengan pihak lain dan mengeluarkan dana yang lebih. Walaupun kita memerlukan modal tetapi pulangan yang bakal dapat juga dapat dirasai.

Selain itu, semestinya individu ingin mengurangkan bayaran cukai. Pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan seperti melebihkan dalam setiap pengeluaran. Contohnya pengeluaran untuk kebajikan seperti bantuan kepada rumah-rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, warga emas atau ibu tunggal, tabung khas untuk derma, bantuan misi kemanusiaan dan sebagainya. Atau boleh juga memberikan bonus sebagai hadiah untuk para pekerja secara bulanan atau tahunan sebagai tanda menghargai usaha dan perjuangan yang disumbangkan kepada syarikat.

Semakin tinggi cukai yang dikenakan, semakin rendah pendapatan boleh guna individu. Dan ini menjadikan mereka bertambah susah dalam mencapai matlamat kewangan peribadi yang ingin dicapai.

Apa yang perlu kita buat ?

  • Pastikan pendapatan semasa dan akan datang berada di bawah jagaan kita sendiri. Akaun tersebut mestilah kita sedia maklum jumlah pendapatan yang diterima. Dengan itu, mudah untuk kita merancang bagi hapuskan atau kurangkan bayaran cukai.
  • Menguruskan bayaran cukai sama seperti kita menguruskan simpanan dari pendapatan yang diterima. Ianya berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima.

Cukai dapat dikurangkan jika individu bijak merancang pendapatan masing-masing. Rancanglah sebaiknya tetapi jangan sampai mengabaikan kewajipan yang sepatutnya kita dahulukan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.