Cabaran Dalan Menguruskan Harta Al-Mafqud

Pembahagian harta individu yang hilang bukan lagi masalah baru di negara kita. Individu yang hilang atau dikenali sebagai al-mafqud adalah satu keadaan yang boleh berlaku dalam kehidupan kita semua. Mungkin bukan kita, boleh jadi ahli keluarga atau rakan-rakan dan sebagainya.

Bersediakah kita menghadapinya ?

Persediaan dari segi pengetahuan mengenai al-mafqud amat penting sekiranya ia berlaku dalam kehidupan kita sendiri. Begitu juga hal-hal yang berkaitan pengurusan harta al-mafqud. Kita lihat contoh terdekat fenomena negara seperti tragedi pesawat MH370. Bagaimana ahli waris/keluarga dalam menguruskan harta para penumpang yang telah dikategorikan sebagai al-mafqud ?

Isu utama yang timbul setelah seseorang didapati hilang adalah pemilikan hartanya.

Bagaimana status harta-harta tersebut ? Bolehkah ahli waris mewarisinya ?

Jawapannya ialah segala harta al-mafqud tidak boleh diwarisi  selagi tidak ada hitam putih atau bukti yang kukuh mengatakan al-mafqud tersebut sudah meninggal dunia. Contohnya sijil kematian atau keputusan dari mahkamah bahawa dia telah meninggal dunia mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sekiranya pewarisan harta telah dibuat sebelum adanya bukti kukuh, harta tersebut adalah tidak sah untuk dimiliki kerana al-mafqud dikira masih hidup.

Cabaran yang akan dihadapi dalam situasi al-mafqud ialah apabila tidak ada status yang jelas mengenai al-mafqud tersebut.

1 ) Isteri

Isteri yang kehilangan suami dalam kes al-mafqud akan tergantung sehingga Mahkamah Shariah memutuskan status perkahwinan mereka. Perkahwinan bagi al-mafqud akan terbatal dalam tempoh 4 tahun sekiranya tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan al-mafqud masih hidup. Maka isteri tersebut boleh meneruskan kehidupan dan berkahwin dengan mana-mana lelaki.

2 ) Harta

Bagi pengurusan harta al-mafqud, Mahkamah Sivil yang akan menentukannya samada ianya boleh diwarisi oleh ahli waris atau tidak sesuai dengan status al-mafqud.

Harta merupakan amanah daripada Allah swt kepada hambanya di dunia. Walaupun sebesar zarah harta yang kita gunakan, ia akan disoal di akhirat kelak. Manfaatkan harta yang ada sebaik-baiknya supaya dapat menjadi asbab kepada kita untuk masuk ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.