4 Faedah Takaful Kepada Masyarakat

Konsep takaful adalah membantu antara satu sama lain. Takaful bermaksud setiap individu berkongsi tanggungjawab, perpaduan dan kerjasama bersama dalam menyediakan perlindungan kewangan dan membantu menyimpan bagi mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. Antara takaful yang ada di Malaysia seperti Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas dan sebagainya.

Sesetengah individu mungkin beranggapan takaful merugikan kerana membayar untuk kepentingan orang lain. Fahaman itu salah sama sekali kerana ia merupakan persetujuan perkongsian. Setiap individu membayar takaful untuk diri dan pencarum yang lain. Namun, banyak faedah takaful yang ramai belum faham.

Perlindungan orang tersayang

Kita tidak tahu apa jadi pada masa hadapan. Mungkin kemalangan, kecacatan atau kematian dan sebagainya. Setiap orang tidak menginginkannya namun sekiranya terjadi, bagaimana nasib kita dan orang tersayang ?

Takaful melindungi orang tersayang jika berlaku kemungkinan-kemungkinan di atas. Dengan caruman yang dilakukan, takaful akan membayar ahli keluarga atau penerima hibah sekiranya berlaku sesuatu kepada anda.

Peninggalan warisan

Biasanya kita dengar, pengagihan harta pusaka apabila berlaku kematian. Takaful juga menyediakannya apabila anda meninggal dunia. Harta takaful akan dijadikan warisan buat ahli keluarga yang ditinggalkan.

Menyelesaikan hutang dan perbelanjaan

Apabila kita meninggal dunia, segala hutang dan perbelanjaan harian terletak kepada ahli keluarga. Dengan adanya takaful, segala hutang yang kita tinggalkan dapat diselesaikan. Perbelanjaan ahli keluarga juga tidak terjejas walaupun hilang sumber pendapatan kerana menerima wang dari caruman takaful.

Kehidupan yang tenang

Apabila berlaku kematian, sememangnya ahli keluarga paling terkesan kerana kehilangan orang tersayang. Namun kehidupan perlu diteruskan. Kehidupan mereka akan kembali normal walaupun ketiadaan kita kerana mempunyai wang untk kegunaan perbelanjaan. Kehidupan kembali normal dan tenang dengan adanya perlindungan takaful.

Takaful tidak membebankan malah meringankan bebanan ahli keluarga yang ditinggalkan. segeralah mempunyai perlindungan takaful sendiri untuk kebaikan pda masa akan datang. Mada hadapan bukan kita yang tentukan tetapi pilihan ada di tangan masing-masing. Bertindak sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.