Bagaimana Menguruskan Polisi Cukai

Cukai merupakan kewajipan ke atas rakyat yang berada di sesebuah negara. Cukai bertujuan meningkatkan dan menstabilkan ekonomi negara. Walaupun ia wajib ke atas individu tertentu, cukai sama sekali tidak membebankan rakyat malah kerajaan berusaha menyediakan polisi cukai terbaik.

KEADILAN
Masyarakat mestilah adil dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Cukai telah ditetapkan pada kadar tertentu, jadi ianya tanggungjawab individu untuk melunaskannya. Pembayar cukai mestilah membayar cukai yang sama melalui keseluruhan aspek yang dikenakan.

KESELAMATAN
Dari segi keselamatan, pihak pentadbiran cukai mestilah menjaga keselamatan maklumat dan data setiap pembayar cukai supaya tidak berlaku kebocoran maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia pembayar. Setiap pendedahan samada sengaja atau tidak harus dititikberatkan oleh pihak pentadbiran.

KEPASTIAN
Dalam pentadbiran cukai, setiap perkara harus diteliti dengan baik. Waktu bayaran, cara bayaran dan jumlah bayaran yang telah dibayar hendaklah diuruskan dengan tepat bagi mengelakkan dari berlaku keraguan atau kesalahan pembayaran.

KEMUDAHAN BAYARAN
Cukai mestilah dibayar pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Pihak pentadbiran hendaklah maklum mengenainya dan menyediakan kemudahan pembayaran kepada pembayar supaya tidak berlaku keciciran dalam pembayaran. Seperti sekarang, kemudahan pembayaran cukai secara online memudahkan masyarakat untuk melaksanakannya tanpa perlu keluar ke pejabat pentadbiran cukai.

EKONOMI
Dalam skop ekonomi, cukai mestilah menepati kedudukan semua pihak. Kos yang dikenakan hendaklah pada kadar rendah bagi kedua-duanya antara kerajaan dan pembayar cukai. Ianya bersesuaian dengan konsep kesederhanaan.

KESEDERHANAAN
Setiap peraturan atau undang-undang berkaitan cukai hendaklah menggunakan konsep kesederhanaan supaya setiap pembayar cukai dapat memahami dan mematuhinya dengan baik. Ini untuk mengelakkan kesalahan dan mengurangkan pembayar cukai ingkar dari peraturan yang dibuat.

PERKEMBANGAN EKONOMI
Sistem percukaian hendaklah selari dengan tujuan asal iaitu bagi mengekalkan keseimbangan ekonomi. Contohnya, selari dengan matlamat ekonomi iaitu untuk pertumbuhan ekonomi negara, pembentukan modal dan sebagainya. Jangan pula mengenakan cukai untuk membebankan masyarakat.

KETELUSAN
Setiap individu hendaklah sentiasa peka dan cakna dengan oembayaran cukai dan menunaikan kewajipan dengan telus. Dari segi waktu, jumlah dan bagaimana pembayaran cukai mestilah diambil tahu.

BERTANGGUNGJAWAB
Setiap pembayar cukai mestilah bertanggungjawab ke atas pembayaran cukai masing-masing. Sekiranya berlaku pengubahsuaian atau perubahan mengenai cukai hendaklah diuruskan mengikut tempoh yang telah diberi supaya memudahkam urusan pihak pentadbiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.