Cukai adalah bayaran wajib kepada kerajaan. Cukai merangkumi banyak jenis iaitu cukai pendapatan, cukai tanah dan sebagainya. Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas individu daripada jumlah pendapatan yang diterima. Cukai merupakan bayaran tahunan yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyatnya. Setiap negara memiliki kadar cukai yang berbeza.
Cukai boleh dibayar mengikut pilihan masing-masing. Cukai pendapatan individu terbahagi kepada beberapa kategori seperti penilaian bersama, berasingan, berpisah dan meninggal dunia.
1 – Penilaian bersama
- Penilaian bersama adalah melibatkan suami isteri. Suami dan isteri mempunyai pilihan samada ingin membayar cukai secara berasingan atau bersama. Maksudnya masing-masing bayar cukai sendiri atau wakilkan salah seorang samada suami atau isteri.
- Sekiranya isteri memilih untuk membayar cukai bersama suami, cukai tersebut akan dikenakan atas nama suami. Begitu juga sekiranya suami memilih untuk membayar cukai bersama isteri, maka cukai tersebut akan dibuat menggunakan nama isteri.
2 – Sistem Penilaian Sendiri (SAS)
- Jika individu itu menggunakan Sistem Penilaian Sendiri (SAS), segala pendapatan wanita berkahwin akan diuruskan secara berasingan dengan suaminya. Ini bermaksud suami dan isteri masing-masing akan membayar cukai yang dikenakan. Cukai tersebutakan dikeluarkan menggunakan nama isteri itu sendiri.
3 – Bercerai
- Bagi kes pasangan yang bercerai, cukai akan tetap dikenakan mengikut penilaian yang diambil sebelum. Sekiranya mereka menggunakan sistem penilaian sendiri ianya tidakmenjadi masalah. Sekiranya menggunakan penilaian bersama, cukai hendaklah dilunaskan mengikut bayaran yang dibuat menggunakan nama suami atau isteri yang mendaftar.
4 – Individu meninggal dunia
- Maut tidak mengenal usia mahupun tempat. Namun, bayaran cukai tetap berjalan sehingga tarikh individu itu meninggal dunia. Selepas daripada tarikh itu, pihak cukai akan mengambil kira bayaran secara berasingan antara suami isteri kerana pasangan telah tiada. Manakala cukai bagi individu meninggal akan dikenakan ke atas waris yang sah dan waris tersebut akan selesaikannya bagi pihak si mati.
