7 Amalan Hidup Positif Dan Berkualiti

Minda positif membawa kepada kehidupan yang aktif

Kewangan tidak stabil? Hutang keliling pinggang?

Setiap hari tak tenang? Asyik nak marah je?

Mengapa semua ini terjadi? Kita ikuti penyelesaiannya melalui perkongsian pada kali ini.

Setiap orang menginginkan kehidupan yang positif, tenang dan harmoni bersama keluarga dan insan yang tersayang. Kita kupas macam mana cara untuk mendapatkan kehidupan yang positif dan berkualiti.

Jangan berhenti berserah kepada-Nya.

1- Abdikan diri kepada Allah swt

Sebagai seorang Muslim, banyak amalan yang wajib dilakukan sebagai seorang hamba yang hanya menumpang di muka bumi ini. Antaranya solat, berpuasa, membaca al-quran dan sebagainya. Jangan sekali-kali meninggalkan solat walaupun sibuk kerana solat adalah tiang agama. Andai kata rumah tidak mempunyai tiang, mampukah ia berdiri teguh? Semestinya tidak. Begitulah manusia dan solat. Di dalam surah al-Imran ayat 110, Allah berfirman, yang bermaksud “manusia dilahirkan untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin dan meninggalkan kemungkaran serta beriman kepada Allah”.

2- Buang perkara negatif

Jangan terlalu berfikiran negatif dengan mengatakan kita tidak boleh atau tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara. Percaya pada kemampuan diri sendiri dan yakin yang kita mampu. Kata-kata negatif itu biasa contohnya “alah kau menabung pun habis jugak nanti, kau mesti ambil jugak dalam ni”. Biarkan orang berkata kerana mulut tak boleh ditutup. Kekalkan dengan semangat kita untuk terus positif.

3- Tidak terburu-buru membuat keputusan

Bijak membuat keputusan. Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan sedih kerana akan mengganggu tindakan seterusnya. Keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang adalah keputusan tidak bijak.

4- Kenal pasti keperluan dan kehendak

Keperluan adalah benda yang kita betul-betul perlu ada manakala kehendak hanya untuk menambah keselesaan dalam kehidupan. Contoh keperluan menggunakan kereta. Perodua sudah memadai untuk digunakan bagi memenuhi keperluan seseorang tetapi kehendak menginginkan Honda. Jadi, buang perkara yang kita tidak perlu melainkan ia penting.

5- Amalkan gaya hidup sihat

Badan yang sihat membantu pertumbuhan minda yang cergas dan kuat. Ramai salah faham tentang gaya hidup sihat dengan diet. Mereka yang ingin diet sinonim dengan tidak makan. Tidak mengambil makanan adalah tindakan yang salah kerana badan memerlukan tenaga untuk bekerja. Amalkan pemakanan yang sihat berpandukan piramid makanan. Jaga makanan terutamanya sarapan. Ingat bahawa “orang yang tidak mengambil sarapan pagi adalah orang yang gemuk”. Tidak hanya fokus kepada makanan, badan juga perlu mengeluarkan peluh. Sekurang-kurangnya bersenam tiga kali seminggu.

6- Mementingkan Kekemasan

Pastikan persekitaran anda sentiasa dalam keadaan baik. Selalu bersihkan rumah, pakaian dan peralatan yang ada. Disiplinkan diri untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan kekemasan kerana dapat membantu mental kita. Persekitaran yang tenang jadikan seseorang lebih ceria dan aktif setiap hari.

7- Rancang dan susun kehidupan dengan baik

Perancangan sangat penting untuk menjamin kehidupan positif dan berkualiti kerana semua tindakan mestilah mempunyai rancangan untuk mendapatkan hasil yang positif. Semua kategori mesti diambil berat iaitu perancangan perbelanjaan, pakaian, penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Jika tidak disusun dengan baik, ia akan menjejaskan kehidupan seseorang dan kerana itulah timbul masalah dalam kehidupan seharian.

Untuk memastikan kehidupan anda positif dan berkualiti bukan hanya terikat pada pengisian disini. Banyak lagi antara tips-tips atau amalan yang lain namun berusahalah untuk mempraktikkannya kerana sesuatu keinginan tidak akan berlaku melainkan dari usaha individu itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.