Kenderaan terpakai merupakan sebuah kenderaan yang telah dimiliki oleh pemiliknya lalu dijual semula kepada pemilik yang baru.

Dengan memiliki kenderaan terpakai tak kira samada kereta mahupun motorsikal, ianya sedikit sebanyak memberi impak yang berkesan terhadap ekonomi kewangan hidup kita, ini kerana kenderaan terpakai selalunya tidak terikat dengan pembayaran secara ansuran bulanan.
Disini saya berikan beberapa tips untuk membeli kenderaan terpakai dan dapat menjimatkan kos ansuran secara bulanan.
1. Elakkan membeli kenderaan terpakai secara hutang, pastikan beli kenderaan dengan harga tunai.
- Kelebihannya adalah supaya tidak mengalami inflasi yang teruk akibat kerosakkan yang dialami kenderaan terpakai dan bayaran bulanannya.
2. Seeloknya belilah kenderaan yang mudah diurus dan murah dari segi alat gantinya.
- Ini adalah penting kerana kenderaan yang mudah urus senang diperbaiki di mana2 bengkel dan alat gantinya memang mudah diperoleh berbanding kenderaan yang memiliki peralatan yang sukar didapati seperti contoh kenderaan “Continental”
3. Beli kenderaan yang nilainya lambat susut dan mempunyai nilai jualan pada masa akan datang.
- Dengan adanya kenderaan yang terpakai ini kita dapat membuat pelaburan dengannya sebagai contoh membeli kenderaan yang harganya tidak menjunam turun dan ada nilai pada masa akan datang, ini kerana kita selalunya akan menjadikan kenderaan sedia ada itu sebagai satu “deposit” kepada pembelian kereta baru.
4. Jangan sesekali membeli kenderaan sambung bayar
- Situasi seperti ini sering terjadi akibat pembeli inginkan kenderaan yang lebih bagus daripada sedia ada kerana duit ditangan tidak mencukupi membeli dan alternatif lainnya adalah melakukan sambung bayar.
- Perlu diingat sekiranya kita terlibat dalam pembayaran secara sambung bayar boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan.
5. Abaikan kata orang lain tentang kenderaan anda kecuali mereka adalah mekanik yang bertauliah ataupun konsultan kewangan.
- Selalunya apabila kita ingin membeli sesuatu kenderaan, pasti akan ada yang syorkan jangan membelinya sebab itu sebab ini. Namun hakikatnya mereka tidak pernah tahu pun tentang kenderaan tersebut kecuali mereka telah memakai dan memilikinya.
- Seeloknya bawalah kenalan yang memahami tentang kenderaan yang ingin dibeli supaya kita tidak mengalami permasalahan yang lebih teruk akibat kerosakan yang kita tidak ketahui.
6.Pastikan nama anda telah ditukar sebelum membuat pembayaran penuh.
- Apabila membeli kenderaan terpakai secara sendiri, pastikan nama dapat ditukar sebelum kita membayar secara keseluruhan jumlah harga kenderaan terbabit. Kerana tidak mahu adanya permasalahan akibat pembayaran habis tapi gagal menukar nama.
Sebenarnya pelbagai lagi tips yang ada, walau bagaimanapun kita seharusnya peka dan ambil tahu tentang pengurusan kenderaan terpakai ini agar tidak mudah tertipu pada masa akan datang dan teknik yang betul, kita dapat menghasilkan pendapatan sampingan jika tahu caranya.