Hutang bakal meninggalkan kesan yang mendalam sekiranya tidak diselesaikan segera.
Bebas hutang
adalah impian bagi setiap penghutang. Tiada siapa yang ingin berhutang
lama-lama kerana ia akan mengganggu urusan kewangan diri dan membuatkan ianya
tidak stabil.
Antara
permasalahan hutang yang sering berlaku adalah hutang kad kredit, hutang
pinjaman pembelajaran, hutang dengan kawan atau saudara-mara dan pelbagai lagi
jenis hutang yang melibatkan pinjaman untuk peribadi.
Maka, disini saya akan cuba membantu dengan senaraikan lapan cara menghabiskan hutang dengan cepat.
#Cara 1 –Jangan menambahkan hutang yang sedia ada. Ini kerana pembayaran yang telah kita lakukan secara konsisten setiap bulan akan terganggu dengan pinjaman baru yang akan menambahkan semula komitmen yang membebankan dan akan menjejaskan pengurusan kewangan diri sedia ada.
#Cara 2 – Jangan sesekali menangguhkan pembayaran hutang, ini kerana sekali kita tangguhkan, ia akan memberi kesan dalam pengurusan kewangan aliran tunai dan kemungkinan “bunga” akan menambah dalam pinjaman tersebut.
#Cara 3 – Catat segala transaksi yang kita lakukan agar kita mengetahui kemana aliran tunai ini keluar. Walaupun ianya Nampak macam menyusahkan, namun ia merupakan satu langkah yang baik dalam mengekang pembaziran tunai.
#Cara 4 – Cubalah jual alat-alat keperluan yang tidak diperlukan dan jualkan melalui penjualan dalam aplikasi jualan. Hasil yang kita dapat bolehlah digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk seharian atau menambahkan pembayaran hutang. Ini sedikit sebanyak memberikan sedikit angka yang positif dalam aliran tunai.
#Cara 5 – Lakukan pekerjaan tambahan atau
mencari pendapatan side income dengan bekerja lebih masa atau pun buat satu
perkara yang lain yang mempu mendatangkan hasil yang lebih bagi menampung duit
poket ataupun tambahan pembayaran semula pinjaman. Perkara sebegini memerlukan
kita melebihkan masa dan tenaga untuk mencapai kelebihan dalam pendapatan
tersebut.
#Cara 6 – Fokuskan pembayaran hutang pada
pokoknya dan bukan pada bunganya sahaja. Ini sering terjadi sekiranya kita
gagal dalam membayar hutang secara konsisten atau pun menangguhkan pembayaran
samada sengaja atau tidak. Ini kerana setiap pinjaman selalunya akan dikenakan
feadah mengikut syarat yang telah di lakukan oleh si pemiutang kepada yang
berhutang. Maka, elakkan daripada gagal membuat pembayaran setiap bulan.
#Cara 7 – Kita disarankan untuk
menyelesaikan hutang yang ber amaun rendah terlebih dahulu disebabkan hutang
yang rendah mungkin senang diselesaikan sekiranya kita memfokuskan pembayaran
tersebut. Itulah pentingnya perancangan yang sempurna bagi menguruskan hutang
yang kita hadap agar tidak terlalu membebankan diri.
#Cara 8 – Banyakkan beribadah dan memohon
kepada Allah SWT agar hutang dapat dipermudahkan dan senang diurus. Kita
wajiblah bertawakal dan tingkatkan usaha tanpa putus asa dalam menyelesaikan
permasalahan melibatkan hutang. Kerana hutang adalah satu perkara yang WAJIB
dilaksanakan dan diselesaikan bagi kita yang muslim.