KAD KREDIT : Musuh Atau Kawan ?

Penggunaan Kad Kredit sekarang amat berleluasa hingga ke seluruh pelusuk dunia. Ke mana sahaja kita pergi, kita akan nampak sesiapa pun menggunakannya sebagai satu alternatif selain penggunaan tunai.

Apa itu Kad Kredit? – Kad kredit membawa maksud pembayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli pelbagai barang atau perkhidmatan tanpa menggunakan sebarang wang tunai.

Namun tahukah anda, bahawa kad kredit ini sebenarnya banyak menyumbang kepada kelebihannya ataupun keburukkannya ?

Kelebihan Kad Kredit :-

#1 – Membolehkan pengguna berbelanja melebihi had tanpa perlu risau ketiadaan wang tunai di tangan.

#2 – Kad Kredit mudah di bawa kemana sahaja tanpa perlu takut akan kehilangan tunai.

#3 – Boleh digunakan ketika ada nya hal berkaitan kecemasan.

#4 – Penggunaannya adalah lebih selamat berbanding penggunaan secara tunai.

#5 – Pengguna dapat mengesan perbelanjaan bulanan melalui bil yang akan diterima pada setiap bulan.

#6 – Anda boleh memiliki aset yang mahal seperti kereta ataupun rumah tanpa perlu membayar penuh untuk jangka masa yang panjang.

Keburukan Kad Kredit :-

#1 – Pengguna senang menjadi sasaran Scammer.

#2 – Pengguna berdepan dengan penalti yang tinggi sekiranya lewat dalam membuat pembayaran.

#3 – Pengguna kad kredit dalam tidak sedar sebenarnya telah menjadi seorang yang boros.

#4 – Penggunaan secara salah bakal menyumbangkan kesan negative terhadap ekonomi Negara.

  • Sebenarnya dalam berbelanja secara kredit ini tidak disarankan, ini kerana anda harus bekerja untuk membayar semula apa yang anda telah beli secara bil bulanan dan wajib membayar satu amaun minimum sebelum tamatnya tempoh.
  • Kad kredit ini sebenarnya membolehkan anda untuk menggunakannya untuk mendapatkan pendahuluan tunai dari mesin ATM atau dimana sahaja kaunter pengeluar kad kredit. Namun harus diingatkan bahawa setiap pengeluaran tersebut akan disertakan sekali dengan caj kewangan dan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali anda berbuat demikian.

Maka dengan semua ini anda sebagai pengguna dapat membuat pilihan yang bijak samada berhak menerima alternatif ini ataupun sebaliknya.

Pengguna kad kredit kebanyakkan dilabel sebagai gaya hidup mewah berbelanja manakala yang tidak menggunakannya beranggapan tidak memerlukan penggunaan seperti ini kerana ianya seperti menyeksa dan membebankan pengurusan kewangan sekiranya inflasi berlaku.

Pilihlah dengan BIJAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published.