ADAKAH HARTA MENJADI BEBAN ?

Harta adalah anugerah terindah dari yang Maha ESA.

Harta merupakan sebuah amanah yang diberi oleh Allah SWT kepada orang-orang yang terpilih. Maka harta yang dapat kepada kita haruslah digunakan sebaik mungkin dan di jaga amanahNya agar tidak disalahgunakan.

Pelbagai ujian Allah SWT uji seseorang itu contohnya kaya dengan pelbagai harta benda tapi tidak bahagia. Ada juga Allah SWT berikan kemiskinan namun kaya dengan kebahagiaan. Itu semua merupakan ujian yang harus kita lalui dengan kesyukuran dan sentiasalah bersyukur dan janganlah kita takbur dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang kerana segala harta yang kita miliki ini sebenarnya hanyalah pinjaman dari-Nya semata-mata.

Pernah tak kita terfikir bahawa harta ini boleh menjadi beban dalam kehidupan kita?

Ya, kerana segala harta yang kita miliki akan terselitnya bebanan sekiranya kita tersilap dalam percaturan dalam kehidupan, contoh yang boleh diambil adalah ANAK.

Anak merupakan anugerah yang terindah yang tidak dimiliki oleh semua pasangan yang telah berkahwin. Maka anak adalah amanah yang harus dijaga serta wajib diberikan sepenuh kasih sayang oleh si ibu dan bapa selaku penanggung mereka dalam kehidupan.

Tahukah anda bahawa anak juga boleh memberikan bebanan terhadap ibu bapa, contohnya si anak yang telah besar langsung tidak menghormati kedua-dua orang tuanya, tidak mendirikan solat 5 waktu , menganggur tiada kerja ataupun hidup dengan kelakuan yang liar. Mereka dengan tidak sedar sebenarnya telah memberikan bebanan yang sukar terhadap pasangan terbabit. Kerana setiap impian ibu bapa adalah menginginkan anak mereka menjadi penanggung ibu bapa sekiranya anak itu telah besar dan boleh berdikari.

Jika sebaliknya, mereka menjaga dan membimbing ibu bapa dengan elok, mendengar kata, suka menolong dan menjaga solat. Itu akan menjadi harta yang berguna dan paling bermanfaat untuk ibu bapa mahupun keluarga.

DARI ASPEK KEWANGAN :

Dalam aspek kewangan pula kita boleh mengambil contoh harta yang ada seperti RUMAH.

Rumah merupakan suatu tempat untuk kita duduki dan berlindung dari panas serta hujan dan setiap insan berhak memiliki tempat perlindungan mengikut kesesuaian dan kemampuan diri masing-masing.

Contoh, sekiranya kita mempunyai rumah persendirian dan hidup secara bujang. Kita mampu membuat duit dengan rumah yang kita duduk dengan cara menyewakan bilik yang sedia ada. Kita harus tahu langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menyewakan seperti keadaan bilik dan keliling rumah, target penyewa dan sasaran persekitaran.

Andai kita mempunyai kerja yang tetap, maka penyewaan bilik rumah yang kita sewakan itu akan menjadi target kewangan yang pasif bagi penambahan pendapatan kita secara bulanan.

Maka nya, kita disyorkan untuk menyewakan unit bilik kosong yang diperlukan oleh orang lain bagi menjana pendapatan untuk kita supaya dapat menampung serba sedikit pembelanjaan kewangan peribadi dan ianya menjadi satu alternatif yang bagus untuk dipraktikkan.

Seandainya kita mempunyai harta yang lebih seperti rumah kosong atau pun kereta lebihan, cara yang sama juga boleh dilakukan agar kewangan lebihan dapat sentiasa mengalir masuk ke dalam simpanan kewangan kita untuk menjadikan ianya sebuah pendapatan yang pasif bagi pendapatan bulanan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.