Cara Nak Stabilkan Kewangan Dalam Hidup Kita

Jangan biarkan poket anda kosong sentiasa kerana ianya bakal memberi kesan yang negatif terhadap diri sendiri.

Kewangan hidup merupakan suatu perkara yang penting dalam hidup seseorang individu demi menguruskan perbelanjaan yang diguna pakai setiap hari. Pelbagai cara dan teknik dilakukan oleh setiap individu untuk menstabilkan kewangan agar tidak merosot akibat terlebih guna dalam kehidupan seharian.

Disini saya sertakan beberapa tips untuk mereka yang mahu stabilkan kewangan hidup dengan teratur dan efisien.

1 Haruslah Mempunyai “Income” Yang Bermula Daripada Pekerjaan Yang Stabil

– Perkara yang mendorong seseorang itu untuk memulakan kewangan hidup yang stabil adalah dengan bekerja dalam tempoh yang lama dan memperoleh pendapatan yang stabil. Tanpa pekerjaan yang stabil, kita sukar untuk mengimbangi pendapatan bulanan, ini kerana hasil pendapatan yang diperolehi itulah yang akan kita kumpul bakinya untuk menjadikan duit tambahan untuk digunakan ketika sesak atau pun boleh dijadikan sebagai duit poket.

2- Selesaikan Hutang Terlebih Dahulu

– Setiap individu mempunyai masalah hutang tersendiri dan berbeza dari segi permasalahannya. Ini merupakan faktor terbesar juga yang menjadi penghalang untuk stabilkan kewangan kehidupan. Maka cuba selesaikan hutang yang kecil terlebih dahulu agar perjalanan kewangan dapat diatur dengan seeloknya dan sedikit sebanyak membantu kita untuk menguruskan kewangan yang lebih sempurna.

3- Terapkan Ilmu Tentang Kewangan

– Tanpa ilmu , kita akan gagal dalam segalanya. Itu pentingnya belajar dan mengetahui dahulu sesuatu perkara yang kita ingin lakukan. Tidak rugi kalau kita belum memulakan sesuatu misi tapi rugilah kalau ketika misi berjalan kita gagal akibat tiada pengetahuan ataupun “sombong” untuk belajar mengurus- kan duit dengan sebetulnya. Banyak platform media yang percuma kita boleh belajar dan cubalah memahami serta ambil lah langkah-langkah dan mengetahui risiko dalam pengurusan kewangan diri.

4- Setkan Matlamat Dengan Bijak

– Setelah kita mengetahui serba sedikit selok-belok tentang kebaikkan kewangan yang positif, maka bolehlah memulakan misi untuk menstabilkan kewangan dengan seperti matlamat penyimpanan dalam 2 bentuk samada jangka masa pendek, ataupun dalam jangka masa yang panjang. Sesetengah individu akan memilih jangka masa pendek seperti contoh ingin membeli kenderaan terpakai dengan harga RM7000 dan matlamatnya pula ingin memiliki kenderaan tersebut dalam tempoh setahun iaitu bersamaan 12 bulan keseluruhan. Maka individu terbabit harus menyimpan sebanyak RM583 sebulan dalam tempoh setahun demi untuk memiliki kenderaan itu. Sekiranya individu terbabit gagal dalam misinya, berkemungkinan besar ianyalah adalah berpunca daripada disiplin individu terbabit ataupun dia tidak memahami teknik sebenar.

Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dalam stabilkan kewangan sebenarnya, walau apapun setiap perkara kita lakukan haruslah kita kaji terlebih dahulu dari setiap aspek agar kita dapat mengelakkan kegagalan dalam perbelanjaan dan tiada baki untuk disimpan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.