Kenali PERKESO dengan lebih Dekat

PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial adalah salah satu institusi yang ditawarkan kepada anda untuk simpanan semasa bekerja. PERKESO telah ditubuhkan seawal 1971 di Malaysia dengan tujuan membantu mengurangkan beban para pekerja dan menyediakan jaminan kewangan serta perlindungan bukan hanya kepada pekerja itu sendiri tetapi juga kepada keluarga mereka.

Ciri-ciri PERKESO ialah:

  • Hanya melindungi pekerja Malaysia dan penduduk tetap sahaja iaitu memiliki kewarganegaraan yang sah.
  • Pekerja hendaklah berdaftar sebagai ahli PERKESO dan sentiasa mengemaskini status samada masih bekerja tetap atau sementara.
  • Potongan PERKESO hanya melibatkan individu yang mempunyai gaji tidak melebihi RM3000.
  • PERKESO tidak melindungi pekerja kerajaan, tenaga dalam negeri dan pekerja yang melebihi usia 55 tahun. Kategori 55 tahun ke atas akan mendapat keistimewaan di bawah Skim Kecederaan Pekerja (Employment Injuries Scheme) sekiranya masih bekerja pada usia tersebut.
  • PERKESO juga tidak melindungi individu yang bekerja sendiri dan pekerja asing. Jadi mereka adalah di bawah tanggungjawab masing-masing kerana tidak terlibat dengan potongan PERKESO.

PERKESO menyediakan dua kategori skim yang bergerak di bawah seliaannya yang dikenali sebagai :

1 – Skim Insurans Kecederaan Pekerjaan (Employment Injury Insurance Scheme)

  • Skim ini melibatkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja kerana masing-masing akan membuat potongan di dalam skim ini.

2 – Skim Pencen Tidak Sah (Invalidity Pension Scheme)

  • Berbeza dengan skim kedua hanya melibatkan majikan sahaja bermaksud majikan yang akan membuat pembayaran kepada PERKESO bagi pihak pekerja mereka. Dan hanya pekerja yang tidak layak untuk mendapatkan Skim Insurans Kecederaan Pekerjaan sahaja yang akan mendapat perlindungan skim ini.

# Potongan bagi kedua-dua kategori ini ialah 0.5% dari jumlah pendapatan bulanan bagi pekerja dan 1.75% bagi majikan.

Kelebihan Skim-Skim Yang Ditawarkan oleh PERKESO

Skim Pencen Tidak Sah (Invalidity Pension Scheme)

  • Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam kepada para pekerja terhadap ketidaksempurnaan dan kematian yang terjadi samada melibatkan kerja ataupun tidak. Tetapi dengan syarat mestilah sebelum usia 55 tahun.
  • Selain itu, antara manfaat lain di dalam skim ini ialah pencen tidak sah, pemberian tidak sah, elaun kedatangan berterusan, pengebumian, pemulihan dan pinjaman pendidikan.

Skim Insurans Kecederaan Pekerjaan (Employment Injury Insurance Scheme)

  • Skim ini menyediakan perlindungan bagi kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan atau ketika perkhidmatan dengan syarikat sahaja. Dan apa-apa masalah atau kejadian yang terjadi berkaitan kerja dan penyakit yang dihadapi akibat dari bekerja sahaja.
  • Manfaatnya seperti kesihatan, tidak berupaya sementara, tidak berupaya kekal, elaun kehadiran berterusan, pengebumian dan pemulihan.

Gaji serendah RM3000 ke bawah juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri jika kita bijak memanfaatkannya. Urus kewangan anda sebaik mungkin. Pendapatan rendah tidak bermakna kita tidak mampu melindungi yang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.