Apa Itu Perancangan Harta Pusaka

Harta pusaka tidak asing lagi bagi kita semua kerana telah sedia maklum mengenainya. Ia adalah satu keperluan bagi individu dalam kehidupan. Harta pusaka ialah satu pelan rancangan bagi pengurusan dan pelupusan harta individu semasa hayat mereka dan pada kematian.

Setiap individu yang mempunyai harta pusaka digalakkan untuk merancang harta mereka bagi pengurusan setelah berlaku kematian kerana mati itu pasti dan ianya rahsia Allah swt. Mungkin esok, bulan hadapan atau dua tahun lagi kita akan meninggal dunia.

Bagaimana pengurusan harta kita selepas kita meninggal jika tidak diselesaikan dari awal?

Perancangan harta perlu dibuat sebagai bentuk pengagihan aset bagi mengekalkan kesejahteraan kaum keluarga dan manfaat kepada mereka. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku disebabkan harta. Adik-beradik bermasam muka, pergaduhan yang berpanjangan dan sebagainya. Seeloknya kita buat perancangan supaya dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini terjadi di dalam keluarga sendiri.

Kita boleh menggunakan beberapa cara ini bagi pembahagian harta selepas seseorang individu meninggal dunia iaitu :

1- Faraidh

Pembahagian harta pusaka kepada ahli waris atau ahli keluarga yang layak menerimanya selepas kematian seseorang. Contoh situasi kematian bapa meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki. Isteri akan dapat 1/6 manakala anak lelaki akan dapat ½ daripada jumlah harta yang ditinggalkannya.

2- Wasiat

Pembahagian harta kepada bukan ahli waris atau keluarga. Wasiat dilakukan semasa hayat seseorang dan hanya sah (berkuatkuasa) selepas kematian individu tersebut. Sebagai contoh, Encik Kamal telah mewasiatkan kereta Axia biru miliknya kepada anak perempuan angkat beliau.

3- Hibah

Pemberian harta semasa hidup kepada mana-mana individu dan tidak semestinya ahli waris. Contohnya Ali memberi hibah rumah sewanya di Seksyen 20 kepada kawan baiknya, Akmal.

Perancangan harta pusaka juga tergolong dalam perancangan persaraan kerana untuk masa depan anda dan keluarga supaya lebih terjamin. Ini merangkumi dua kategori :

– Pertama, kita merancang harta melalui simpanan, pelaburan dan insuran/takaful. Maksudnya ahli keluarga akan mendapat manfaat melalui cara perancangan kita ini. Ada yang menerima melalui hibah takaful, keuntungan pelaburan yang dibuat dan simpanan yang kita ada seperti KWSP dan sebagainya.

– Kedua, mengagihkan harta seperti yang kita inginkan sebelum berlaku kematian. Kita bebas membahagikan mengikut kehendak diri sendiri kepada siapa ingin diagihkan harta tersebut.

 

Perancangan dalam harta pusaka hendaklah dititikberatkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini selepas kematian seseorang terutamanya dalam kalangan keluarga seperti pergaduhan. Harta bukanlah perkara penting kerana tidak menjaminkan syurga tetapi kerana harta masyarakat kita binasa.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.