Masyarakat akan mempunyai harta samada sedikit atau banyak bergantung kepada individu bagaimana kedudukan kewangan mereka.
Di Malaysia, apabila seseorang individu meninggal dunia samada Muslim atau bukan, harta mereka akan diuruskan kepada tiga bahagian ini.
1) Harta Pusaka Ringkas
- Harta pusaka ringkas ialah harta semasa individu yang melibatkan jumlah kurang dari RM600,000. Harta ini akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Amanah Raya Berhad bertanggungjawab menguruskan harta-harta tersebut.
2) Harta Pusaka Kecil
- Harta pusaka kecil ialah harta semasa dan aset tetap individu yang jumlahnya kurang RM600,000. Kategori harta ini diuruskan oleh Pejabat Pusaka Kecil.
3) Harta Pusaka Besar
- Harta pusaka besar ialah aset semasa dan aset tetap individu yang melebihi RM600,000. Harta ini akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.
Contoh harta yang dimiliki oleh individu ialah :
1 – Harta simpanan
- Simpanan individu samada akaun simpanan dan akaun semasa yang ada di mana-mana institusi kewangan atau bank yang menjadi milik individu juga dikira sebagai harta.
2 – Unit Amanah
- Contoh unit amanah yang individu mungkin terlibat ialah Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Takaful/Insuran, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain. Setiap daripada harta ini akan dikira dalam pengagihan harta setelah berlaku kematian.
3 – Rumah dan tanah
- Rumah atau tanah yang dimiliki secara sah oleh individu adalah harta mereka.
4 – Saham
- Saham juga harta individu samada saham yang disenarai atau tidak. Begitu juga saham koperasi.
5 – Aset yang berharga
- Mana-mana aset berharga seperti emas, perak dan sebagainya yang jelas di bawah nama individu adalah tersenarai sebagai harta miliknya.
Harta dapat membantu ahli waris bagi tujuan kelangsungan hidup setelah berlaku kematian kerana mungkin individu tersebut merupakan tonggak utama di dalam keluarga. Jadi uruslah harta yang ada sebaiknya.
