Bagaimana Pelaksanaan Wakaf

Gambar Hiasan.

Masyarakat kita semestinya maklum mengenai wakaf tetapi adakah memahami dengan jelas pelaksanaannya selama ini. Ikuti sedikit perkongsian mengenai wakaf di Malaysia.

Wakaf ialah harta milik pewakaf yang ingin diberikan kepada pemilik baru dengan tujuan-tujuan tertentu yang dimaklumkan. Harta wakaf tidak boleh dilakukan sebarang jual beli mahupun wasiat atau hibah ke atasnya kerana amanah yang telah ditinggalkan. Harta wakaf mestilah dikekalkan sifatnya seperti fizikal dan manfaat supaya niat pewakaf terlaksana iaitu bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. Contoh harta wakaf ialah van jenazah. Jawatankuasa masjid hendaklah menggunakan van tersebut dengan tujuan kemudahan masjid sahaja bukanlah untuk kegunaan peribadi.

Kedudukan wakaf mungkin sama dengan sedekah iaitu konsep membantu sesama masyarakat tetapi sedikit berbeza kerana mempunyai prosedur tersendiri.

Syarat-syarat bagi seseorang untuk melaksanakan wakaf ialah:

1)Syarat bagi pewakaf

  • Individu yang ingin mewakafkan harta mereka mestilah bebas iaitu bukan hamba.
  • Pewakaf juga mestilah baligh iaitu cukup umur.
  • Waras iaitu tidak gila.
  • Pewakaf mestilah sepenuhnya bertanggungjawab, ikhlas dan mempunyai pemilikan mutlak ke atas harta yang ingin diwakafkan.

2)Syarat bagi penerima wakaf

  • Wakaf Khas : Harta wakaf hendaklah digunakan bagi tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah dan sebagainya.
  • Wakaf Umum : Harta wakaf digunakan bagi tujuan kebajikan Islam sahaja tanpa dijelaskan tujuan yang khusus.
  • Wakaf Zurri : Harta wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan (ahli keluarga) sehingga lapisan generasi akan datang.

3)Syarat bagi harta wakaf

  • Harta wakaf mestilah memiliki manfaat dan berupaya memberi manfaat yang berterusan kepada penerima.
  • Harta wakaf hendaklah digunakan bagi tujuan kebaikan sahaja.
  • Pewakaf mestilah mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas harta wakaf, bukanlah harta yang dicuri, harta orang muflis dan seumpamanya.

4)Syarat bagi kenyataan wakaf (al-waqfiya)

  • Kenyataan atau sighah(ijab qabul) bagi harta wakaf mestilah wujud dan difahami samada secara penulisan atau kata-kata. Ianya wajib sebagai bukti kesahihan wakaf yang telah dilaksanakan supaya tidak berlaku perselisihan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.