Perbezaan Simpanan Biasa ASB VS Pinjaman ASB

Penyimpanan secara alternatif ini banyak memberi impak yang positif bagi setiap pemegang saham ASB itu sendiri. Tidak kiralah pelabur itu hanya memilih simpanan ASB biasa ataupun secara pinjaman, mereka tetap melabur kerana ini merupakan tanggungjawab bagi memupuk diri untuk belajar menyimpan secara konsisten ataupun secara ‘paksarela’ bagi yang memilih secara pinjaman.

Kita haruslah mengetahui asas perbezaannya terlebih dahulu sebelum memilih pelan ASB yang terbaik untuk penyimpanan kita. ASB (Amanah Saham Bumiputera) merupakan sebuah produk yang diperkenalkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 dan kelayakannya hanya khas untuk Bumiputera sahaja.

Perbezaan yang membuatkan Simpanan ASB dan Pinjaman ASB berbeza adalah dari segi terma dan kontraknya.

  •  Simpanan ASB Biasa
  1. Simpanan ASB biasa adalah yang paling kerap dilakukan oleh pemegang unit kerana simpanan seperti ini adalah jenis flexible dan mudah.
  2. Pelaburan yang minima, hanya RM10 sahaja boleh membeli dana.
  3. Pelaburan yang maksima adalah terhad oleh jumlah wang yang ada di tangan dan had pelaburan ASB.
  4. Pulangannya tiada manfaat namun marginnya lebih tinggi.
  5. Risiko bagi penyimpanan secara biasa adalah rendah dan stabil.
  6. Lock in tiada, dimana pelabur boleh menebus unit untuk tunai pada bila-bila masa sahaja.
  7. Pulangan faedah yang diterima tidak setinggi dengan pulangan yang diterima dalam pinjaman ASB.
  8. Hanya berbaloi untuk sekadar membuat simpanan bulanan yang selamat dan memperoleh pendapatan tambahan setiap awal tahun.
  9. Boleh membuka akaun di mana-mana bank yang berdaftar ataupun ejen bukan bank.
  • Simpanan Secara Pinjaman ASB
  1. Pelaburan yang diberi pinjaman oleh pihak bank dan dimasukkan terus kedalam akaun pelabur sebagai dana permulaan. Pelabur haruslah membayar secara konsisten setiap bulan sehingga capai tahap matang yang mengambil masa selama 2 tahun atau 24 bulan dan ke atas.
  2. Dana minima haruslah RM10,000 dan keatas
  3. Pelaburan maksima terhad kepada kuasa pinjaman dan had pelaburan ASB.
  4. Setiap tahun pulangan/dividen dimanfaatkan namun marginnya lebih rendah.
  5. Kos tambahannya merupakan kos pembiayaan iaitu pinjaman ASB serta yuran dokumentasi dan pengurusan.
  6. Risiko kadar faedah pula dipengaruhi oleh perubahan ‘Based Lending Rate’ atau BLR.
  7. Lock-In Period selalunya 2 tahun keatas kerana unit yang telah dibeli menggunakan pinjaman ASB tidak boleh dijual. Namun pelabur boleh mengeluarkan unit secara tunai dari dividen yang akan diumumkan setiap tahun.
  8. Simpanan seperti ini tidak ramai yang sanggup lakukan kerana sentiasa berfikir akan terikatnya pembayaran secara konsisten yang mungkin ‘membebankan’ bagi seseorang pada setiap bulan tanpa gagal.
  9. Namun pendapatan yang diterima dari hasil dividen adalah tinggi dan menjadikan pinjaman ASB ini sebagai satu simpanan alternatif yang paling menguntungkan.
  • Kesimpulan

Tak kira mana satu pilihan anda untuk memilih, samada simpanan biasa ataupun pinjaman. Kita harus ukur juga kemampuan kita dan fikirkan baik-baik sebelum memulakan apa jua jenis pelaburan. Sebab tak semua yang kita pilih terbaik kerana tiada ilmu pengetahuan, risiko juga bakal kita terima jika kita tidak sedia seelokknya.

Maka fahamilah dahulu sesuatu perkara sebelum kita memulakan misi yang melibatkan risiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published.