INSURAN VS TAKAFUL : Sama Tapi Tak Serupa

kebahagiaan keluarga harus mempunyai perlindungan yang terbaik

Dalam hidup kita, kita sebenarnya memerlukan satu perlindungan risiko yang dapat membantu kita dalam permasalahan secara tiba-tiba atau kecemasan.

Perlindungan ini amat penting bagi diri kita walau dimana pun kita berada. Kecelakaan, Kesakitan atau apa-apa masalah yang timbul semestinya akan mengganggu kehidupan kita dan mencacatkan pengurusan kewangan yang telah sedia ada. 

Kita pun kalau boleh tidak mahu menggunakan simpanan kewangan yang dah lama kita simpan semata-mata untuk membiayai segala kos kecemasan akibat risiko yang mungkin membabitkan diri kita ataupun keluarga.

Maka perlindungan risiko ini merupakan satu jalan altenatif yang terbaik bagi membantu diri kita mahupun keluarga apabila terlibat dengan musibah yang tidak diingini.

Namun tahukah anda bahawa perlindungan risiko yang kita ambil mempunyai 2 jenis yang berbeza dari segi polisi, antaranya Insuran dan Takaful. Perbezaaan ketara antara 2 jenis insuran ini adalah satu Insuran yang bersifat Konvensional, manakala Takafukl pula bersifat Islamik.

Maknanya, rata-rata individu muslim digalakkan untuk mengambil Takaful Islamik berbanding Insuran Konvensional kerana kriteria dalam Takaful memenuhi syariat islam.

Buatlah pilihan yang bijak demi diri sendiri dan keluarga

Perbandingan antara Insuran dan Takaful adalah dari segi terma dan kontraknya. Insuran (Akad Pertukaran Hak Milik atau Mua’wadhah) manakala Takaful (Hak Milik Secara Percuma/Sukarela atau dikenali sebagai Tabarru’)

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan memilih Insuran Konvensional ini kerana Insuran ini banyak terlibat dengan RIBA yang sesungguhnya HARAM bagi orang islam. Kerana kebanyakkan insuran mengenakan sistem kapitalis dan membuat pelaburan apa sahaja saham yang diterima.

Manakala Takaful Islamik pula adalah digalakkan bagi muslim kerana Takaful ini adalah satu pelaburan saham yang halal dan tiada berunsur Maisir yakni judi, Gharar ataupun RIBA. Oleh itu kita disarankan memilih Takaful ini kerana segala pengawasan adalah di awasi oleh Majlis Pengawasan Syariah dan keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama di antara pengendali Takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.

Itulah sedikit sebanyak perkara asas yang perlu kita tahu sebelum kita memilih perlindungan risiko yang terbaik. Tanpa pengetahuan yang asas seperti ini kita tidak akan mengetahui samada perlingdungan yang kita masuk itu halal ataupun tidak.

Maka, pilihlah Takaful Islamik yang seeloknya dan berlandaskan syarit Islam tanpa riba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.