Orang berjaya adalah orang yang merancang untuk berjaya. Dalam hidup, perancangan sangat penting kerana minda seseorang tidak mampu mengawal semua benda dalam satu masa tanpa perancangan yang rapi.
Dalam kewangan, semua orang ingin berjaya. Ingin kaya dan mempunyai banyak aset. Tetapi jika anda tidak merancang, semuanya tidak dapat dikecapi.
Apabila sudah mempunyai aset atau harta, penting untuk anda tahu menguruskannya dengan baik. Harta yang banyak tidak dapat dibawa mati. Jadi apa perancangan yang perlu anda lakukan. Kenapa perlu untuk anda merancang harta?
1) Rasional dalam tindakan
- Kita dapat lihat ramai yang sanggup berhabisan untuk kesenangan dan keselesaan diri sendiri seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Namun adakah ramai yang sanggup berhabisan untuk keluarga mereka terutama ibubapa?
- Rancang harta anda untuk orang yang telah menyumbang dari kita kecil sehinggalah berjaya seperti sekarang. Cuba bertindak dengan fikiran yang rasional kerana mungkin tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa. Setidaknya kita balas jasa dan pengorbanan mereka dengan sedikit keselesaan di dunia mahupun akhirat.
2) Permintaan dalam kehidupan seharian menyebabkan individu lupa tentang kematian.
- Setiap insan mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dipenuhi setiap masa. Masa dan tubuh badan yang sihat menyebabkan manusia kurang mengingati mati. Ramai yang berpendapat apabila hampir dengan kematian barulah berebut mengagihkan harta dan melakukan apa yang patut.
- Silap kita semua di situ. Sepatutnya manfaatkan ketika kesihatan masih baik dan sihat. Waktu tersebut sesuai untuk merancang tentang harta kerana dapat berfikir dengan baik dan waras serta melakukan keputusan yang wajar.
3) Perancangan hartanah penting untuk isi rumah bukan tradisional
Isi rumah bukan tradisional bermaksud ahli keluarga yang tidak lengkap iaitu berkemungkinan tiada seorang ibu, ayah atau tiada anak-anak. Maksudnya keluarga itu tidak mempunyai satu konsep ahli yang lengkap kerana ada kekurangan serba sedikit di dalamnya yang melibatkan ahli keluarga. Kalau bukan Islam, perkahwinan sejenis. Ia dipanggil bukan tradisional adalah kerana bukan tradisi sebuah keluarga.
Sedikit perkongsian bagi yang berkahwin, seeloknya dalam perancangan harta, masukkan pasangan masing-masing dan anak-anak di dalam proses yang bakal dilakukan supaya mereka tidak terabai dan mendapat manfaat setelah ketiadaan individu penting dalam keluarga.
Bagi bujang atau belum berkahwin, tidak kira sesiapa yang diinginkan untuk menjadi penerima manfaat harta tersebut. Tetapi pastikan penerima manfaat sedia maklum mengenai harta yang bakal mereka dapat.
Kehidupan itu penuh dengan liku-liku dan cabaran tersendiri. Setiap orang mungkin berbeza-beza cara yang dihadapi. Jadi sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang ada dan dapatkan pertolongan segera jika memerlukannya.
