Menguruskan Harta Dapat Membantu Perkembangan Ekonomi ?

Ekonomi yang stabil dan kukuh merupakan tunjang setiap negara. Sedarkah kita dengan menguruskan harta pusaka dengan berhemah dapat membantu dalam pembangunan ekonomi yang baik buat kita semua. Namun sejauh manakah ianya memberi kesan kepada masyarakat ? Sesetengah masyarakat mungkin tidak menyedarinya namun itulah hakikat sebenar ekonomi semasa.

 

1 ) Memartabatkan wanita dalam sektor ekonomi

  • Dunia sekarang, wanita dan lelaki tidak ada bezanya dalam penglibatan ekonomi. Mungkin dahulu, ramai yang mengatakan “orang perempuan belajar tinggi-tinggi, ke dapur juga akhirnya”. Sekarang tidak sama sekali. Islam tidak lebihkan mana-mana jantina antara lelaki dan perempuan kerana kedua-duanya mempunyai hak dalam pewarisan harta. Wanita juga mampu menguruskan harta dan menjadikan ekonomi bertambah maju. Jadi, buang sikap merasakan wanita kurang berkepentingan berbanding lelaki kerana hak wanita tidak sama dengan lelaki disebabkan masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza.

 

2 ) Menjaga hak harta

  • Bagi kategori harta ini, Islam menekankan tentang tanah. Tanah merupakan amanah kepada manusia dan hendaklah diuruskan secara berterusan pengeluarannya. Seperti membina sekolah-sekolah agama di atas tanah tersebut, bercucuk tanam dan sebagainya. Banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui tanah yang ditinggalkan. Gunakan hak tanah yang ada dengan perkara-perkara yang tidak sia-sia dan bermanfaat kepada ramai pihak.

 

3 ) Memelihara keadilan pembahagian semula harta kekayaan

  • Dalam Islam, harta pusaka merupakan hak milik mutlak seseorang individu. Segala kekayaan yang ditinggalkan menjadi tanda penghargaan dan amanah yang diberikan oleh individu. Jadi ianya hendaklah diuruskan dan dipelihara dengan adil. Baik dari segi tanggungjawab wajib, amanah, hak dan sebagainya. Setiap pengagihan memberi manfaat kepada semua termasuklah memberi kesan kepada ekonomi yang praktikal.

 

4 ) Menggalakkan pembangunan ekonomi dan mewujudkan urutan ekonomi yang tepat

  • Pengagihan harta pusaka dalam Islam merangkumi golongan-golongan ahli waris yang terlibat seperti suami, isteri, anak, ibubapa, adik-beradik, datuk, nenek dan sebagainya. Dengan adanya pengagihan ini dapat melahirkan masyarakat yang terjamin dari segi ekonominya kerana mampu meneruskan kehidupan dengan menerima harta pusaka.
  • Begitu juga hak wanita, perlindungan harta, kesejahteraan kewangan dapat dibangunkan dengan pengagihan semula kekayaan seseorang yang telah meninggal dunia.

 

Islam itu sangat indah. Dalam pentadbiran harta, Islam telah membuka peluang wanita, ahli keluarga dan masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih cerah dan mampu melibatkan diri menerusi minat masing-masing yang mungkin sebelum ini belum berkesempatan. Islam dengan sendiri telah meningkatkan kekayaan masyarakat dengan pelaksanaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.