Strategi Bagi Anda Yang Ingin Melakukan Perancangan Harta

Perancangan harta memerlukan penelitian teliti dari pelbagai sudut kerana ia melibatkan aset terpenting setiap individu.

Ikuti langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi individu yang ingin membuat perancangan harta dengan baik.

 

Langkah 1 # Melindungi aset

Sistem keselamatan mesti ada bagi melindungi harta atau aset anda supaya lebih terjamin. Boleh jadi ia merupakan sistem kawalan cctv atau pengawal keselamatan. Namun, individu harus mengurangkan risiko terhadap harta untuk membantu aset lebih dilindungi kerana mempunyai nilai yang penting.

Selain itu, individu mestilah membiarkan pertumbuhan keuntungan dan kecairan aset kerana ia penting bagi kebolehpasaran harta supaya tidak ketinggalan dan nilai tidak menurun. Dengan melakukan tindakan ini, dapat mengelak dari masalah kekurangan dana perlindungan kepada ahli waris.

 

Langkah 2 # Maksimumkan jumlah ahli waris

Maksimumkan jumlah ahli waris atau ahli keluarga yang bakal menerima harta untuk pengagihan dan mengurangkan kos pengurusan supaya dapat dibahagikan dengan adil dan telus. Bayaran seperti cukai atau lain-lain bayaran juga harus dikira kerana sebahagian daripada harta. Ia juga termasuk jika individu mempunyai hibah semasa hidupnya.

 

Langkah 3 # Minimumkan kos pengurusan dan kesulitan

Penulisan wasiat penting kerana bukti hitam putih untuk pembahagian harta setelah meninggal dunia. Wasiat merupakan komponen yang kritikal di dalam perancangan harta dan ia penting kerana wasiat tidak termasuk dalam harta faraidh. Wasiat dapat memendekkan pengurusan harta peringkat mahkamah dan mengurangkan kos bagi menguruskannya. Sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos pengurusan harta. Pengurusannya juga cepat dan menjadi rancangan ekonomi yang tepat kepada penerima untuk mendapatkannya. Ia akan berbeza jika mempunyai surat dari pengurusan untuk mendapatkan harta terlebih dahulu.

 

Langkah 4 # Mengambil pengurus dana yang arif untuk menguruskan harta

Pengurus dana akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas harta dari segi pengurusan dan pengagihan selepas kematian. Jadi pemilihan pengurus dana penting kerana ianya masa depan harta anda yang bakal diuruskan oleh beliau.

 

Langkah 5 # Meletakkan pemegang amanah sebagai penjaga

Sekiranya penerima manfaat adalah golongan yang belum cukup umur, individu hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya dua orang penjaga bagi menguruskan harta tersebut. Penjaga yang dilantik adalah ditugaskan bagi memegang segala aset, pelaburan dan menggunakannya untuk diberikan kepada penerima manfaat dari golongan belum cukup umur.

Pemegang amanah merangkap penjaga harta mestilah terdiri daripada orang yang amanah, boleh dipercayai dan serius dalam penjagaan individu di bawah umur. Perkara ini sangat penting kerana melibatkan harta kanak-kanak tersebut dan masa depan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.