Urus Duit Dengan Bijak

Jangan biarkan duit terus membelenggu hidup kita.

Tak semua orang kaya boleh uruskan harta mereka dengan baik.

Tak semua orang susah tak mampu menguruskan harta dengan baik.

Jangan sesekali memandang seseorang melalui pandangan harta sahaja. Banyak harta tidak semestinya bijak.

Pernahkan anda terfikir jika diberi rezeki tidak kira sedikit atau banyak, apa tindakan dari anda?

Sedikit perkongsian tentang menguruskan duit yang bakal anda kecapi.

1) Asingkan untuk simpanan terlebih dahulu

  • Sejurus anda menerima duit, lakukan simpanan. Amalkan berbelanja dengan lebihan duit yang telah disimpan supaya tidak berlaku kekurangan di penghujung. Jika berbelanja terlebih dahulu berkemungkinan anda tidak mempunyai lebihan malahan tidak cukup untuk perbelanjaan dalam satu tempoh masa. Pupuk sikap disiplin dalam diri supaya menyimpan terlebih dahulu.

2) Boros bukan pada tempat

  • Bukan saya kata tidak boleh berbelanja tetapi berbelanjalah hanya pada sesuatu yang perlu. Jangan kerana hari ini gaji, tidak sampai seminggu dah tinggal RM50. Semua yang tertahan pada bulan sebelumnya habis dibelanjakan. “Craving” itu ini la katakan..

3) Sentiasa bersedia andai diberhentikan kerja

  • Rezeki setiap orang berbeza-beza. Kita tidak dapat menolak sekiranya diberhentikan serta-merta disebabkan faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielak. Persediaan dari segi mental dan fizikal itu penting begitu juga duit. Setidaknya kita sudah ada simpanan sementara mencari pekerjaan baru.

4) Menunjukkan minat untuk menyimpan walau pahit

  • Biar pahit sekarang jangan pahit selamanya. Mungkin sekarang kita harus cermat dalam menguruskan duit tetapi bukanlah selama-lamanya kerana tindakan kita ini mengajar untuk lebih menghargai harta sendiri. Contohnya apabila sudah mencukupi kita boleh berbelanja untuk dapatkan sesuatu yang diidamkan seperti kereta atau pakaian mahal dari biasa. Kita boleh nampak apa yang diusahakan selama ini telah membuahkan hasil.

Buang pemikiran yang sering merasakan tidak cukup dari segi harta tetapi sedarkah kita bahawa ramai lagi yang serba kekurangan namun mereka sentiasa merasa cukup kerana pengurusan duit yang berhemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.