Ada Apa Dengan Paypal

Gambar Hiasan.

Apa itu Paypal?

Paypal merupakan salah satu medium pembayaran maya atau “online banking” yang wujud pada zaman serba maju ini. Ia sama sahaja seperti transaksi lain yang ada contohnya e-wallet, boost, touch and go, grabpay dan seumpamanya. Ia digunakan untuk menjual barangan online dari dalam dan juga luar negara menggunakan transaksi Paypal.

Paypal dikategorikan sebagai lebih selamat daripada online banking yang sedia ada kerana sifat yang tersendiri. Tetapi sayang di Malaysia, tidak ramai yang menggunakan manfaat Paypal kerana tidak menyedari tentang kebaikannya.

Sekiranya anda menjual barangan online, melalui ebay atau apa-apa bentuk website, Paypal mempunyai potential buyer untuk anda. Ia juga merupakan cara selamat anda apabila pembeli yang telah membeli barangan daripada buyer, dan sekiranya barangan tersebut masih gagal diterima, Paypal akan menyekat pembayaran tersebut sehinggalah barangan atau penjual dapat dihubungi dan barangan tersebut sampai kepada pihak pembeli.

Istimewanya juga untuk anda tiada bayaran dikenakan semasa pembelian menggunakan Paypal.

Namun adat kebiasaan, Paypal juga tidak lari daripada kelemahan iaitu Paypa mungkin sedikit terganggu dengan pembekuan akaun sekiranya nilai akaun anda melebihi USD1000 kerana telah ramai yang menjadi mangsa. Sekiranya pengeluaran duit di bawah RM400 dari Paypal, ianya akan dicaj sebanyak RM3.

Kebanyakan pengguna Malaysia mengeluarkan duit Paypal apabila nilai USD meningkat kerana ia menggunakan nilai USD yang jauh lebih tinggi berbanding matawang tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.