Zaman sekarang, semua orang ada harta. Tidak semestinya tua atau berusia sahaja baru ada harta. Sesetengah remaja yang masih bersekolah dan belajar juga sudah mempunyai harta persendirian kerana pandai berdikari mencari duit sendiri.
Teknologi yang semakin canggih dan zaman hujung jari menjadikan manusia bijak mencari peluang buat duit melalui youtube, online review dan sebagainya.
Namun, boleh ke mereka melaksanakan wasiat ? Siapa yang boleh buat wasiat ? Adakah semua orang boleh buat wasiat ?
Individu yang memiliki harta
Harta individu yang melibatkan dua kategori samada ianya harta peribadi (personal property) atau harta sebenar (real property). Harta peribadi seperti tunai, stok, perhiasan atau perabot. Harta sebenar pula seperti tanah atau rumah.
Individu yang mengikut Faraidh
Individu ini tergolong boleh melakukan wasiat kerana wasiat hanya dibenarkan 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. Manakala selebihnya wajib menggunakan kaedah faraidh kepada ahli waris.
Individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (diterima akal)
Individu yang sudah mencapai usia 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk melakukan wasiat. Jadi untuk yang belum sampai 18 tidak boleh berwasiat kerana tidak cukup umur. Mereka mestilah cukup sifat dan sesuai dengan alasan yang boleh diterima akal untuk melakukan wasiat.
Individu yang sukarela tanpa paksaan
Wasiat mestilah dibuat dengan sukarela oleh individu itu sendiri. Bukan kerana paksaan, desakan atau permintaan daripada mana-mana pihak yang lain.
Tunaikanlah wasiat jika anda adalah salah seorang individu yang tergolong di antara ciri-ciri yang dimaksudkan di atas kerana wasiat merupakan tuntutan dalam Islam bagi pembahagian harta ketika berlaku kematian bagi kemudahan ahli waris.