3 risiko wajib dalam pelaburan

Risiko ada dimana-mana. Bukan hanya perlu keluar rumah, berjalan menuju ke dapur juga ada risikonya. Kemungkinan terjatuh, terseliuh, terlanggar benda dan sebagainya kerana tergesa-gesa ingin cepat mendapatkan air.

Pelaburan bererti satu komitmen, tanggungjawab atau risiko yang diambil oleh individu atau syarikat dengan tujuan mendapatkan pulangan atau faedah pada masa hadapan.

Dalam pelaburan, ada risiko yang kita perlu berani ceburi dan hadapi. Jika seseorang belum bersedia berdepan risiko-risiko ini bererti masih belum bersedia melakukan pelaburan. untung rugi sudah menjadi lumrah dalam pelaburan. Disebabkan itu, kita perlu bijak dan mahir dalam ilmu pelaburan.

3 risiko tersebut adalah seperti berikut.

KETIDAKPASTIAN

Apabila seseorang meletakkan modal sebagai pelaburan di mana-mana institusi atau syarikat, tidak semestinya ia akan memperoleh keuntungan. Mungkin saja harga nilai tersebut jatuh atau naik dari nilai yang kita beli sebelum ini. Di situ adanya ketidakpastian. Sebab itu untuk menceburi bidang pelaburan, kita harus mempelajari ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu seperti asas pelaburan, risiko yang bakal dihadapi dan sebagainya supaya tidak berlaku kerugian yang berterusan.

KEMUNGKINAN

-Risiko seterusnya ialah kemungkinan. Macam-macam kemungkinan boleh timbul dalam pelaburan seperti rugi yang berlaku tiba-tiba kerana nilai turun mendadak, saham dilelong kerana muflis dan sebagainya. Sudahkah anda bersedia untuk kemungkinan seperti ini ?
Setiap individu tidak menginginkannya tetapi itulah lumrah di dalam pelaburan. Sejauh mana kita bersedia melabur modal, begitu juga kesediaan dalam menghadapi risiko. Orang kata, jangan melabur kalau tidak tahu apa itu pelaburan.

PULANGAN YANG DIJANGKA

-Dari sudut lain, pelaburan juga menjanjikan pulangan yang telah dijangka kepada pelabur. Tapi kategori ini bagi pelabur yang membuat pelaburan tetap di dalam akaun simpanan tetap di mana-mana institusi atau bank. Individu akan membuka akaun simpanan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan, sebagai contoh Bank Simpanan Nasional (BSN) menetapkan minimum sebanyak RM10. Jadi bank akan menggunakan RM10 tersebut sebagai pelaburan bagi pihaknya menggunakan duit yang telah kita simpan sebagai balasan dia telah menjaga duit kita di dalam akaun simpanan tadi. Bank berhak melakukan apa sahaja menggunakan deposit tersebut dan setiap tahun kita akan menerima dividen melaluinya mengikut peratus yang telah dipersetujui.

Melabur tidak salah malah dialukan-alukan kepada setiap individu kerana bagus dalam mengembangkan kewangan. Namun semuanya atas diri masing-masing samada bijak atau tidak menangani risiko dan halangan yang bakal ditempuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.