Pelaburan merangkumi pelbagai kategori iaitu pelaburan deposit tetap, pelaburan akaun simpanan, pelaburan saham dan lain-lain.
Sebelum kita terjerumus di dalam dunia pelaburan, eloklah kenalpasti secara mendalam terlebih dahulu pelaburan apa yang ingin dibuat. Bukan sahaja mengenali jenis pelaburan tetapi juga mengetahui risiko-risikonya.

1 – Aset kewangan atau aset sebenar
Aset kewangan atau aset sebenar adalah dua perkara yang berbeza. Pelaburan dalam aset kewangan ialah merangkumi duit atau wang ringgit. Bererti anda melabur untuk mendapatkan pulangan dalam jumlah wang ringgit samada bertambah atau berkurang (rugi).
Contohnya pelaburan akaun simpanan. Anda melabur menggunakan wang deposit yang telah ditetapkan dan menerima faedah oleh bank. Aset sebenar pula pelaburan hartanah seperti melabur untuk mendapatkan rumah atau tanah.
2 – Risiko tinggi atau rendah
Setiap pelaburan pasti ada risiko tersendiri. Semakin tinggi pulangan, semakin tinggi risiko yang akan dihadapi. Contohnya risiko pelaburan hartanah pastinya lebih tinggi berbanding pelaburan deposit tetap kerana memerlukan modal yang lebih tinggi.
3 – Jangka masa pendek atau panjang
Pelaburan mempunyai tempoh matang iaitu jangka masa pendek dan panjang. Jangka masa pendek ialah tempoh yang singkat seperti pelaburan akaun simpanan. Pelabur akan menerima faedah secara tahunan. Setiap hujung tahun bank akan membayar faedah berdasarkan jumlah simpanan yang dibuat.
Manakala jangka masa panjang seperti pelaburan saham. Anda akan menilai dan memerhati perjalanan saham sehingga berjaya menjualnya. Namun sekiranya ia membawa keuntungan, jika tidak ia akan menjadikan anda rugi.
4 – Hutang atau pemilikan
Kenalpasti kategori pelaburan yang dibuat samada secara hutang atau pemilikan. Kita ambil contoh pelaburan saham. Kita yang mengeluarkan modal untuk membeli saham-saham tersebut bererti kesemua untung dan rugi kita sendiri yang tanggung kerana ia merupakan milik kita sepenuhnya.
Jika dilihat pelaburan hartanah, individu mengeluarkan modal untuk mendapatkan hartanah seperti rumah kedai, rumah teres, kondominium, flat dan sebagainya. Namun mereka memberi sewa harta tersebut dan menjadikan ia bertukar milik kepada individu lain berbentuk hutang kerana harus membayar sewa secara bulanan. Bila-bila masa pelabur berkemungkinan menjual semula semula rumah tersebut sekiranya terdapat permintaan lebih tinggi.
Pelaburan jika diurus dengan baik akan memberi manfaat kepada pelabur, begitu juga sebaliknya. Jika anda salah seorang pelabur, kenalpasti ciri-ciri di atas sebelum terjadi kerugian.
